Aku Korban Buli

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

BULI MENTAL SAMA ADA LEWAT TUTUR KATA ATAU EMOSI JARANG DIPEDULI. SEKALIPUN TIDAK MENINGGALKAN KESAN ZAHIR, IA BERBEKAS DI SUDUT HATI SEHINGGA MEMBENTUK PERSONALITI NEGATIF YANG MENIMBULKAN KONFLIK DIRI. IBARAT BADAI YANG MENERJAH TANPA HENTI, KATAKATA SI PEMBULI MERACUNI DIRI MERESAP KE SEGENAP RELUNG HATI. NURANI TERUS BERBISIK MERATAPI KEKURANGAN DIRI LALU MENCETUS SUARA HATI YANG BERAPI, SEKALIPUN DI MATA PENCIPTA KITA ADALAH KAFI. RAMBUT ASAL USUL IDENTITI. KITA KUNYAH KATA-KATA NISTA DAN KEJI. KITA DAKAP CACI MAKI YANG DILEMPARI KERANA KITA SANJUNG TINGGI MARTABAT DIRI SENDIRI. AKU KORBAN BULI Teks, Penyelaras & Penata Gaya: Zuhairie Sahrom Dibantu Ardeshir Hamedani & Efny Aziz Solekan & Rambut: Fendi Sani & Rajavel Gambar: Jason Lee Model: Adil Hussain, Ali Imran, Daniel Fleischer, Luqman Junaidi, Muzaffar Abbas & Shan Ratnam Terima Kasih Chez Hamdan Dari Salun Chez Hair Studio Atas Tajaan Dandanan Rambut

“ACAP KALI SAYA DIJADIKAN BAHAN GURAUAN LANGSUNG DIPERMAINKAN. KERANA DULU SAYA LURUS BENDUL ORANGNYA. ITU PUN JADI MASALAH ORANG SEDANGKAN IA ADALAH KELEMAHAN DIRI.” – SI BENDUL

“BULAN PUASA SAYA DIMAKI MAKAN DI TEMPAT AWAM BERSAMA SEKUMPULAN KAWAN BERBANGSA INDIA. BERTANYALAH TERLEBIH DAHULU DARIPADA MEMBUAT TANGGAPAN. SAYA CHINDIAN, BUKAN MELAYU!” – ROJAK

“RAMBUT MACAM MAGGI GORENG HANGUS. THEY CALLED ME THAT AND IT MADE ME INSECURE ABOUT MY HAIR. KALAU DUDUK SEMBANG SESAMA BANGSA INILAH YANG SAYA HADAPI.” – MAGGI HANGUS

“SEKALIPUN MAHU MENYATAKAN HAL YANG SUDAH JELAS, JADILAH SEORANG YANG INTELEKTUAL. PANGGIL SAYA ZEBRA? SETAHU SAYA ZEBRA TIDAK BERTOMPOK, MEREKA BERBELANG.” – MOO

“SAYA BERDARAH CAMPURAN MELAYU JAWA DAN GHANA. KERANA ITU SAYA DILABEL SEBAGAI ANAK ANGKAT JUGA DIPANGGIL NEGRO. DULU SAYA SAKIT HATI, KINI SAYA HARGAI DIRI.” – NEGRO

Luqman menggayakan pullover berkolar turtleneck nilon dan kantung kulit ilham PRADA UOMO. Pea coat labuh hitam material wool daripada COS. Dandanan tocang lipan Chez Hamdan dan solekan Fendi Sani.

Shan menyarungkan sepersalinan jenama BOTTEGA VENETA. Pullover perincian motif cubik dipadankan bersama jaket paduan denim dan shearling. Kerongsang kepala harimau citra GUCCI. Dandanan gaya Fendi Sani dan grooming Rajavel.

Daniel mengenakan kemeja polos kapas, kardigan oversize corak Argyle, cincin, kerongsang dan gelang kepala harimau digarap dari material resin. Semuanya nukilan GUCCI. Dandanan box braid natural Chez Hamdan dan solekan Fendi Sani.

H&M X MORRIS & CO. wool H&M NOVA FIDES. Cincin 3-1 juga daripada H&M. Dandanan gaya messy grooming

Ali menyarungkan sepersalinan jenama EMPORIO ARMANI. Baju panas komposisi material viskos dan kapas. Jaket kulit bovine. Dandanan gaya high fade afro Chez Hamdan dan grooming Fendi Sani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.