2 Siri Khas Karbon

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Akhir Musim Panas 2018 diraikan bersama perkenalan jam terbaru yang berasakan material karbon lantas ia dijual secara eksklusif di butik-butik TAG Heuer serta laman e-niaga, www. tagheuer.com sejak September lalu. Dipersembahkan sebagai salah satu penciptaan paling moden daripada barisan Aquaracer, yakni jam tangan penyelaman terkenal TAG Heuer ini membiaskan susuk rekaan urban yang menggabungkan keselesaan, ketahanan serta bernadi sukan. Barisan Carbon Aquaracer ini ditawarkan dalam tiga model yang menonjol dengan percikan rona biru, kuning dan emas merah. Case titanium 41mm diberi kemasan PVD hitam yang meliputi segenap jam. Lalu disuntik serat karbon ke dalam resin yang ditekan pada suhu tertinggi menyerlahkan susuknya yang eksklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.