Arloji Mewah Pilihan Para Putera

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

PENUH DENGAN KESANTUNAN SERTA BUDI PEKERTI, KERABAT DIRAJA DARI PELOSOK DUNIA MEMBIASKAN GAYA HIDUP YANG SERBA SERBI SEMPURNA. ADA JUGA DI KALANGAN MEREKA BIJAK BERGAYA, TERUS TERLIHAT KELIBAT JAM TANGAN IKONIK MELINGKARI PERGELANGAN BUATAN RUMAH ARLOJI MEWAH.

Keluarga DiRaja British sangat sinonim dengan bualan masyarakat sedunia. Tayangan perdana upacara perkahwinan setiap satunya terus menjadi tajuk bicara umum. Ini termasuk dari persandingan mendiang Puteri Diana beralih ke Kate Middleton juga Meghan Markle. Satu dunia ingin tahu apa yang disarungkan pasangan pengantin ini. Tidak lupa juga, kehadiran para undangan yang terdiri daripada keluarga bangsawan dari seluruh dunia serta selebriti kelas A. Sebagaimana yang kita ketahui, keluarga DiRaja ini juga punya himpunan perhiasan barang kemas antik yang menakjubkan. Di samping jam tangan ikonik buatan rumah arloji mewah. Mereka bijak melaburkan wang yang besar langsung menjadi aset berharga buat negara. Demikian, ayuh kita tatap jam tangan yang melingkari pergelangan tangan para puteranya. Ini bukanlah bertujuan untuk bermegah dengan status, ia lebih kepada menghargai lalu menyanjung ketukangan jam tangan.

1. PUTERA CHARLES DARI WALES

Meskipun agak mencabar untuk mengenal pasti jam yang dipakai olehnya, Putera Charles sering kali dilihat memakai Parmigiani Fleurier Toric Chronograph yang tersisip kemas di bawah manset lengan bajunya. Antara jenama arloji mewah lain yang menjadi pilihannya termasuk Cartier dan Patek Philippe. Beliau juga meminjamkan namanya kepada koleksi jam tangan garapan Chopard, yang hasilnya disalurkan kepada pemuliharaan alam sekitar, seni dan budaya.

2. PUTERA WILLIAM, DUKE OF CAMBRIDGE

Anakanda sulung Putera Wales ini pula senantiasa dilihat memakai jam Omega Seamaster Profesional yang bernadi kuarza. Di mana ia membiaskan nilai sentimental yang sebenar kerana ia adalah pemberian daripada ibundanya, mendiang Puteri Diana. Khabarnya jam diberikan saat usianya masih muda lalu Putera William memakainya sejak itu.

3. PUTERA MICHAEL DARI KENT

Sepupu kepada Ratu Elizabeth II ini dikenali kerana gayanya yang kemas lagi menawan. Beliau punya koleksi jam tangan yang unggul lalu berpengetahuan tinggi mengenai lapangan arloji. Antara model jam yang sering dikaitkan bersamanya adalah Bulgari-Bulgari, bezel “Pepsi” Rolex GMT-Master, Rolex 50th Anniversary LV Submariner dan Cartier Tank Americaine. Walau bagaimanapun, jam tangan Royal Oak citra Audemars Piguet sering kali dilihat melingkari pergelangannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.