Jam Tangan Paling Ikonik

DARIPADA TEKNOLOGI YANG MEMPESONAKAN BERALIH KEPADA PERINTIS KETUKANGAN JAM TANGAN. GLAM LELAKI MENYINGKAP SEJARAH JAM TANGAN YANG PERLU ANDA KETAHUI.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

SSekali pun kita miliki berjuta-juta wang dan tidak punya kesulitan untuk berbelanja. Itu bukanlah alasan untuk menilai jam tangan sebagai simbol status semata. Kegemilangan barisan rumah arloji yang sedia ada kita sanjung. Kita teliti setiap lakaran sejarah yang ternyata sarat. Setiap usaha seiring dengan kemajuan teknologi memperlihatkan keunggulan nadi pergerakan yang mempengaruhi kepelbagaian fungsi setiap satunya. Ambil tahu nilai wang yang dilaburkan. Jangan pernah sekali ketepikan martabat rumah arloji kerana megah menyanjung status.

PERINTIS JAM TANGAN JURUTERBANG: CARTIER SANTOS DUMONT (1904)

Menurut Rekod Dunia Guinness, jam tangan pertama dicipta oleh Patek Philippe untuk bangsawan dari Hungary, Countess Koscowicz pada tahun 1868. Namun selama beberapa dekad ia hanya dilihat melingkari pergelangan tangan wanita sebagai ‘gelang montre’. Jam tangan hanya mendapat populariti oleh lelaki selepas Perang Dunia Pertama dan sudah pasti ia wujud sebelum itu. Maka, terdapat beberapa perintis pada permulaan abad ke-20. Sewaktu Perang Dunia Pertama meletus, ramai askar-askar serta juruterbang memakai jam tangan supaya pergerakan mereka selaras dengan arahan komander juga bertujuan untuk navigasi.

Justeru itu, Louis Cartier mengolah jam tangan poket lalu menemukan alternatif. Perintis penerbangan Brazil, Alberto Santos-Dumont adalah orang pertama mendemonstrasikan penerbangan untuk mengukur jarak waktu sambil mengekalkan kedua- dua tangan pada kawalan.

JAM TANGAN KALIS AIR PERTAMA: ROLEX OYSTER (1926)

Pembuatan jam tangan kedap air serta udara yang pertama oleh Rolex menandai satu langkah kemajuan yang penting. Jam tangan yang dinamai ‘Oyster’ ini menampilkan case jam tangan yang tertutup rapat agar nadi jam terlindungi dengan optimum. Reputasinya diperkukuh sebagai jam tangan kalis air pertama saat Mercedes Gleitze, berenang melewati Terusan Inggeris dengan mengenakan Rolex Oyster di pergelangannya. Jam tangan tersebut mampu bertahan selama perjalanan, tetap kedap air, dan masih berdetik normal selama 15 jam perjalanan renang ke Calais, Perancis.

JAM TANGAN SUKAN PERDANA: JAEGER-LECOULTRE REVERSO (1931)

Digarap dengan case yang boleh diterbalikkan berserta mekanisme yang berupaya melindungi dail, Reverso adalah salah satu karya pertama yang direka untuk sukan. Dalam kedudukan normal, masa boleh dibaca meskipun ia boleh diterbalikkan. Dipakai oleh pemain polo supaya kaca tidak pecah waktu perlawanan. Dilengkapi dengan bahagian belakang jam daripada keluli, ia bertahan rintangan. Wajahnya bersusuk bersegi, jam tangan ini memampan dirinya sebagai seni klasik Art Deco sebelum jam berdail bulat menjadi popular semasa Perang Dunia Kedua.

JAM YANG MERUBAH GAYA KONVENSIONAL: PANERAI LUMINOR (1950)

Luminor pada asalnya dilahirkan sebagai jam penyelam untuk tentera laut Itali. Tetapi perubahan serta inovasi jam tangan diolah sedikit besar lalu menjadi hangat, bahkan untuk wanita. Berukuran 45mm, kala itu jam tangan untuk lelaki ditampilkan berdiameter 37 sehingga 38mm. Perkenalannya agak ketara terutama dilihat melingkari pergelangan tangan seseorang dan ramai wanita juga memakainya.

JAM DIBAWA KE BULAN ANGKASA: OMEGA SPEEDMASTER PROFESSIONAL (1957) Ketepatan jam ini disanjung kerana membantu menyelamatkan para angkasawan Apollo 13. Bahkan Omega Speedmaster menjadi jam tangan pertama bertualang ke bulan. Sekalipun, Neil Armstrong meninggalkan Speedmasternya dalam Lunar Module sebagai back-up kerana kepincangan fungsi pemasa. Buzz Aldrin memastikan dia memakai Omega Speedmaster kala melangkah pada permukaan bulan dengan mengikat jam itu ke pergelangan tangan kanan memandangkan sut angkasa lepas bersaiz besar.

Khabarnya jam Speedmaster ini diteliti ketat sebelum diluluskan oleh NASA, termasuk turun naik suhu antara -160° dan +120°C. Lalu, ia terus dipakai sehingga ke hari ini oleh angkasawan untuk misi ke ruang angkasa juga menjadi asas bagi jam tangan sukan serta kronograf. JAM KELULI MEWAH ASLI: AUDEMARS PIGUET, ROYAL OAK (1970), IWC INGENIEUR (1976) DAN PATEK PHILIPPE NAUTILUS (1976) Jam tangan mewah pertama yang digarap dalam material keluli semuanya citra Gérald Genta. Ini termasuk barisan jam tangan Royal Oak dari Audemars Piguet, Ingenieur dari IWC dan Nautilus dari Patek Philippe. Ketiga tiga jam tangan ini boleh dikata sepertiadikberadik sekalipun dari rumah arloji yang berbeza. Perkenalan material keluli dalam pasaran jam tangan mewah berbalas susuk rekaan moden terus mekar. Kerana waktu itu jam tangan mewah hanya digarap dalam material emas. PENERAJU JAM TANGAN PINTAR: HEWLETT-PACKARD HP- 01 (1977) Apabila HP- 01 diperkenalkan tahun 1977, Hewlett-Packard menjadi bualan ramai kerana jam yang dicipta punya kepelbagaian fungsi. Jam ini bukan hanya menggabungkan fungsi jam dan kalkulator saja namun berupaya untuk mengira kos panggilan telefon jarak jauh. Juga untuk kegunaan para juruterbang mencari jarak lokasi seterusnya. Jam tangan ini membolehkan si pemakai untuk mengubah zon waktu dan merupakan jam tangan kuarza pertama dengan paparan LED. Sekali gus adalah nenek moyang untuk jam tangan pintar. Kemudian hadir jenama seperti Seiko dan Casio G Shock. Jam tangan pintar yang punya pelbagai fungsi ini sudah lama wujud, sejak tahun 1970-an lagi.

OMEGA SPEEDMASTER PROFESSIONAL (1957) HEWLETT-PACKARD HP-01 (1977)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.