Fungsi, Kuasa & Ketepatan

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Edisi Terhad dari siri Navitimer ini ditawarkan dalam dail eksklusif berbalas rona kontras hitam untuk sub-register. Bezelnya pula memaparkan angka yang diukir bagi mengesan zon waktu kedua. Caseback ditampilkan transparan lalu menyingkap nadi Caliber 01 ciptaan Breitling yang menguasai jam berfungsi kronograf ini. Diiktiraf oleh COSC, pergerakan ini dilengkapi rizab kuasa yang mengagumkan dengan lebih daripada 70 jam sambil kaunter tarikh berlokasi antara pukul 4 dan 5. Jam digarap dalam keluli tahan karat yang disempurnakan dengan tali bergancu kulit buaya rona coklat.

JAM NAVITIMER 8 B01 CHRONOGRAPH 43 EDISI TERHAD, RM 32,320.00

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.