Pesona Ekuestrian Longines

LONGINES MEMBAWA KITA KE KOTA ROM UNTUK MENGHAYATI WARISAN EKUESTRIAN JENAMA SELAIN MELANCARKAN INOVASI TERKINI DALAM BENTUK JAM CONQUEST V.H.P. GMT FLASH SETTING

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Di bawah mentari yang cerah, rasa kagum bertamu di hati kala merenung keagungan seni bina kuno Koloseum. Biarpun kini berdiri sekadar puing tamadun kuno, struktur yang sudah mencecah usia 1,948 tahun ini masih punya aura yang kuat, satu simbol kegemilangan Rom di Zaman Pertengahan Awal dulu.

GLAM Lelaki berpijak kaki ke bumi bersejarah ini atas jemputan khas Longines, jenama jam tangan Swiss yang punya sejarah dan tradisi gemilangnya sendiri, merangkap jenama pengelola satu pertandingan berprestij yang berlangsung di kota ini. Namun, pertandingan yang bakal kami saksikan itu bukanlah satu pertempuran ganas di medan si gladiator. Malah, adatnya lebih pesona jenama Longines.

Berbekalkan warisan kukuh selaku penjaga masa rasmi ajnas acara sukan sejak 1878 lagi – termasuk untuk acara ski, memanah, gimnastik, tenis (Roland Garros) dan juga temasya Sukan Komanwel – Longines punya passion yang serius dalam sukan ekuestrian. Siri Longines Global Champions Tour, satu acara CSI 5*, adalah pertandingan lompat kuda paling berprestij, yang mengumpulkan hanya show jumpers terbaik dari seluruh dunia untuk bersaing merebut gelaran Champion of Champions setiap tahun. Kini sudah memasuki siri ke-13, sebanyak 17 pertandingan dianjurkan untuk tahun ini, setiap satu bertempat di lokasi-lokasi terkemuka seperti Mexico City, Miami Beach, London, Paris, Monaco, Madrid, Shanghai, Doha dan, sudah pasti, Rom.

ROM MEDAN BERTEMPUR

September lalu, kota Rom menjadi persinggahan ke-15 siri Longines Global Champions Tour 2018, di mana Longines berperanan selaku rakan penganjur juga Penjaga Masa Rasmi pertandingan yang mempertontonkan 62 atlet-atlet elit dan 120 ekor kuda dari 20 negara bertarung di tapak Stadio del Marni. Yakni, sebuah tapak bujur yang dikelilingi 59 patung batu marmar gergasi yang telah digarap persis jaguh Olympian era purba.

Wakil media yang hadir dari serata dunia telah diberi tour istimewa untuk turun padang melewati medan pertandingan dengan lebih dekat, sebelum dibawa ke tempat duduk barisan pertama untuk menyaksikan aksi cemas setiap pusingan pertandingan.

Setelah satu petang berjuang, hanya lima atlet berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dan dengan catatan 37.45 saat, atlet England, Ben Maher bersama kudanya, Explosion W berjaya merekodkan pusingan terpantas, lantas mendahului pesaing-pesaing yang lain untuk bergelar juara. Henrik von Eckermann (bersama kuda Cantinero) dari Sweden meraih tempat kedua dengan masa 38.32 saat, manakala Jos Verlooy (bersama kuda Caracas) dari Belgium di tempat ketiga dengan catatan 38.85 saat.

Presiden Longines, Walter von Känel, bersama Naib Presiden Longines, Juan- Carlos Capelli, menghadiahkan jam tangan Longines kepada Maher atas usaha beliau. Kemenangan Maher melayakkan dirinya ke pertandingan kemuncak, Longines Global Champions Tour Super Grand Prix yang akan diadakan di Prague hujung tahun ini untuk menentukan siapakah juara agung siri 2018 ini kelak.

Usai pertandingan di Rom, acara diteruskan hingga lewat malam dengan beberapa persembahan daripada kumpulan-kumpulan penghibur tempatan, melibatkan tarian bendera, nyanyian juga aksi-aksi pelbagai baka kuda dan kuda padi yang menari, berlari dan membuat aksi mencuit hati diiringi pasukan pelawak, koboi mahupun ahli akrobatik.

TEMAN CANGGIH SI PENGEMBARA

Rentetan daripada acara Longines Global Champions Tour 2018 di Rom, Longines turut mengambil peluang untuk melancarkan versi terbaru model ikonik Longines Conquest V.H.P. “Very High Precision”, kali ini didatangkan dengan teknologi serba canggih tidak pernah dilihat dalam arena horologi.

Berlatar belakangkan kubah kaca Lanterna di Fuksas dengan panorama kota Rom tersergam indah dari paras bumbung bangunan, Longines membentangkan model Conquest V.H.P. GMT Flash Setting kepada lebih seratus wakil media dan dari serata dunia. Direka dengan hasrat menjadi instrumen masa kuarza khas buat si pengembara, jam Conquest V.H.P. GMT Flash Setting memudahkan pelarasan zon waktu kedua dengan menggunakan teknologi cahaya pada denyar telefon pintar anda.

Ya, betul. Bukan secara Bluetooth atau telefon anda.

INOVASI CAHAYA

Ucapan daripada Walter von Känel, Presiden Longines membuka majlis, sebelum Naib Presiden merangkap Ketua Pemasaran Antarabangsa Longines, Juan- Carlos Capelli tampil ke pentas untuk berkongsi inovasi di sebalik ahli baru dalam himpunan Conquest V.H.P. ini.

Sebagaimana model-model Conquest V.H.P. sebelumnya, jam Conquest V.H.P. GMT Flash Setting dikuasai satu pergerakan yang dicipta untuk mempermudahkan pengalaman si pemakai. Misalnya, ciri ultra-tepat yang tiada tandingan (pada ±5 saat/tahun), hayat bateri yang amat lama, dan inovasi sistem GPD (Gear Position Detection) yang menetapkan semula kedudukan jarum jam sekiranya terkena hentakan atau pendedahan terhadap medan magnet. Tak lupa juga fungsi yang boleh beroperasi sehingga tahun 2399.

Bezanya dengan varian lain dalam keluarga model ini, jam kuarza ini memaparkan zon waktu kedua yang diuruskan oleh sistem berdasarkan cahaya, yakni Flash Setting. Maka, selain pelarasan secara manual, zon masa kedua boleh dikecapi dengan pantas dan mudah tanpa menggunakan Tapi secara gabungan fungsi denyar pada telefon pintar dan app khas Longines V.H.P. GMT Flash Setting. Caranya, maklumat yang anda rekodkan dalam app itu akan disalurkan ke bukaan kecil pada dail jam (terletak di atas angka 12) melalui pancaran denyar

Satu keistimewaan lagi, fungsi Swap pada jam tangan ini membolehkan penukaran antara waktu tempatan dengan waktu kembara tanpa komplikasi, dengan sekadar menekan Satu ciri yang cukup efektif untuk si kelana.

AKSESORI SI KELANA

Malah, jiwa si kelana itu sendiri menjadi tema majlis pelancaran Conquest V.H.P. GMT Flash Setting ini. Hidangan makanan dari pelbagai budaya dunia – Amerika, Eropah, Jepun – disajikan kepada para jemputan sambil Longines turut melancarkan kempen global produk baru mereka ini. Kempen ini meletakkan duta- duta dunia Longines seperti Aishwarya Rai, Kate Winslet dan Simon Baker di beberapa lokasi global untuk menggambarkan gaya hidup yang menjadi sasaran Longines.

Selain teknologi yang canggih, akur pada DNA Longines, estetika elegan nan menawan ibarat penyeri aksesori V.H.P. GMT Flash Setting dikemukakan dalam jelmaan kasual dan atau formal dan licin untuk menepati citarasa distingtif si pemakai.

Maka, jam Conquest V.H.P. GMT Flash Setting didatangkan dalam versi keluli atau PVD hitam dalam dua saiz, iaitu 41mm dan 43mm. Zon masa kedua ditandakan oleh jarum halus, dan tingkap tarikh ditempatkan di posisi angka 3. Dua penanda E.O.L. dan E.O.E. memberi isyarat mendekati tempoh hayat bateri. Rekaan dail pula ditawarkan dalam rona biru, gentian karbon, perak atau hitam, setiap satu disematkan simbol Home Time di posisi 10 dan Travel Time di posisi 2. Pilihan hadir dalam versi gelang keluli atau PVD hitam, atau opsyen gelang getah warna biru atau hitam.

JAM RASMI PERTANDINGAN, LONGINES CONQUEST V.H.P. DALAM DAIL BIRU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.