Kembara Estetika Scandinavian

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

TREND DATANG DAN PERGI MENGIKUT MUSIM MEMBUATKAN GEROBOK FESYEN ANDA JUGA PASTI SILIH BERGANTI. SIAPA KATA HANYA PERIHAL PAKAIAN SAHAJA YANG PERLU DITUKAR AGAR GAYA TIDAK LAPUK, LEBIHLEBIH LAGI KALA MENGEMBARA?

Nah khusus buat jet setter, lengkapkan gaya dengan bagasi yang bukan sahaja berfungsi sebagai pembawa barangan namun turut menjadi aksesori padanan dan penunjuk gaya anda. Seiring mengikut peredaran fesyen semasa, jenama perjalanan mewah, aksesori perniagaan dan gaya hidup, TUMI menambah koleksi rekaan bagasi buat musim luruh. Inspirasi daripada kesederhanaan, fungsi serta sifat minimalis reka bentuk Scandinavian yang berunsur alam semula jadi dan pertukangan.

Obsesi rekaan terbaru koleksi sang pria direalisasikan menerusi pemilihan rona dan tekstur yang menjerit gaya urban serta maskulin buat koleksi Tahoe yang tertumpu pada pelbagai akses fungsi luar biasa dan kesempurnaan reka bentuk bercita rasa tinggi. Bukan itu sahaja, buat anda yang mementingkan rekaan fashion-forward pula koleksi Alpha Bravo hadir bersama cetakan bermusim digahkan lagi dengan kombinasi elemen berona putih Arctic Restoration dan naungan rona hijau yang Tundra Restoration. Mencipta cocok buat palet musim ini.

Memberi seleksi yang banyak kepada jejaka, sememangnya setiap rekaan beg galas dan bagasi dari TUMI mempunyai bentuk, kualiti dan rekaan timeless kunci gaya masa kini tanpa memberi beban bahkan manfaat maksimum sememangnya menepati jiwa pengembara bagi pengalaman perjalanan kelas tinggi. Menariknya, dalam merai koleksi Musim Luruh 2018 ini, TUMI turut mempertontonkan pameran TUMI Scandinavian Lodge berlokasi di Pavilion, Kuala Lumpur pada September lalu. Ruangan berkeluasan 2,605 kaki persegi memberi peluang pada pengunjung menyelami inspirasi di sebalik karya rekaan himpunan moden dan praktikal. Beg kembara yang menjurus kepada gaya hidup personaliti si pemakai.

TUMI SCANDINAVIAN LODGE, PAVILION KL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.