Menjulang Seni Dualiti

LABEL FESYEN TEMPATAN TERUS BANGKIT MENGORAK LANGKAH LEBIH BERTENAGA DENGAN GARAPAN KREATIF REKAAN HELAIAN YANG MEMBIAS GAYA TERSENDIRI MEMBINA KARAKTER SI PEMAKAI.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Musim Luruh/ Dingin 2018 menyaksikan jenama lokal Pestle and Mortar Clothing (PMC) menampilkan himpunan As Above So Below, koleksi ceraian cukup padu bermain dengan inspirasi daripada dualiti integrasi timur dan barat, gelap dan terang serta gabungan gaya moden dan tradisional pastinya menguatkan lagi koleksi berselera unik ini. Mood musim ini turut membawa sedikit kelainan dengan percikan estetik Bosozoku juga Delinquent Jepun yang turut menjadi kunci utama kekuatan koleksi ini namun masih mengekalkan signatur lokal.

Koleksi lengkapnya terdiri daripada 38 item antaranya seleksi helaian t-shirt yang diinspirasikan daripada gaya Jepun East Coast Swing diselit bayangan Gunung Kinabalu dan penggunaan karakter Cina dalam menggantikan kanji Jepun. Tidak terhenti di situ, motif ilusi skuter kapcai serta cetakan motif identiti peranakan nyonya pada jaket bomber turut menjadi taruhan dalam membuahkan koleksi estetika desain yang kontras.

Mengutamakan praktikaliti dalam penggayaan harian, sang pria pasti tampil versatil menyarung ceraian himpunan terbaru ini yang menghembus gaya edgy dengan percikan rekaan berkarakter tersendiri namun daya tarikannya nnya masih membawa identiti PMC. Kemuncak koleksi si As Above So Below tidak hanya tertumpu pada rekaan aan kreatif segar malah dihangatkan dengan pertunjukan tunjukan fesyen pertama yang berlangsung di dalam alam koc tren LRT melewati laluan Kelana na

Jaya sehingga MRT Bukit

Bintang bagi menjayakan yang dibawakan oleh Prasarana a

Malaysia Berhad, perkhidmatan n kereta sewa SOCAR dan Touch

‘n Go eWallet dalam membawa perubahan melangkah ke hadapan. pan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.