Dari Kaca Mata Itali

KEMPEN BINGKAI OPTIK TERBARU SAFILO BUAT MUSIM LURUH/SEJUK 2018 MEMPERLIHATKAN KOLEKSI TERBARU DITUJUKAN KHAS BUAT PARA PRIA DAN WANITA YANG MEMENTINGKAN KEKEMASAN.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Baru-baru ini jenama membentangkan kempen pengiklanan diinspirasi daripada falsafah jenama ini, iaitu ‘Made in Italy since 1934’, di mana ia cuba untuk menyampaikan konsep koleksi kaca mata yang sememangnya seratus peratus buatan negara yang dikenali dengan falsafah Dolce Vita itu.

Bercakap fasal spirit Itali, semestinya kita menyentuh suatu citarasa yang mementingkan estetik budaya ketukangan, dan inovasi unik dalam penyelidikan yang menjunjung kreativiti sebagai solusi untuk memenuhi keperluan hidup seharian.

Itulah nilai yang membuatkan jenama ini memiliki aura canggih dan terserlah sebagaimana yang dipertontonkan dalam kempen iklan terbarunya. Maka, kita lihat produk kaca mata ini diberi fokus utama selaku protagonis dalam aktiviti harian yang berlangsung dalam studio seorang pereka Milan. Jelas terpampang ciri klasik nan kontemporari. Imej yang jenama pakar optik Itali terpilih, dek gabungan tradisi ketukangan Itali dengan reka bentuk perindustrian dan kecanggihan teknologi yang ditafsirkan melalui bahasanya tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.