Bape Meets Bell & Ross

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

MENERUSKAN LEGASI JENAMA GAYA HIDUP CULT, BAPE MERAYAKAN SAMBUTAN 25 TAHUN DENGAN KOLABORASI ISTIMEWA BERSAMA BELL & ROSS.

Meraikan usia 25 tahun sebagai jenama gaya hidup yang memberi alternatif kepada penggemar gaya jalanan, A Bathing Ape atau lebih dikenali dengan jenama BAPE yang berawal di Jepun sejak tahun 1993 mengumumkan kolaborasi istimewa bersama jenama jam tangan mewah Bell & Ross. Pertembungan dua budaya dalam identiti jenama yang seiring mencetuskan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang cukup eksklusif. Terlahir atas dasar memberi fungsi maksima kepada setiap produk yang dihasilkan, keduadua jenama ini menyatu dalam koleksi kapsul cukup istimewa sebenar lelaki hari ini.

Kolaborasi ini tentu saja berjaya menghasilkan sesuatu yang begitu timeless dan ikonik pastinya untuk pencinta dua jenama ini. Atas dua faktor utama ini maka terlahirlah dua siri edisi terhad model BR03-92 Green Camo dan BR03-92 Special 25th Anniversary.

Ilham minimalis dengan kemasan seramik hitam yang sinonim dengan koleksi klasik Bell & Ross disatukan dengan logo ikonik BAPE dalam siri BR03-92 ini dalam diameter jam 42mm. Cukup kemas dan utuh sebagai lambang lelaki yang sentiasa mahukan sesuatu yang penuh ciri- ciri maskulin namun masih playful.

Dengan ciri khas lain seperti daripada konsep militan memaksimumkan bacaan masa dalam apa jua keadaan. Diformasikan dalam dua lapisan saiz nombor yang menghasilkan efek radiasi elektromagnetik sebagai nilai tambah koleksi istimewa ini.

BR03 Special 25th Anniversary tampil dengan logo ikonik ape head yang pastinya menjadi alasan utama untuk anda mendapatkan koleksi cukup istimewa ini. Dikemaskan dengan rekaan cukup moden dan utama Superluminova yang melengkapkan item ini sebagai item wajib milik tahun ini.

Bagi anda yang masih mahukan elemen ikonik militan BAPE dalam penggayaan jam tangan, koleksi kedua kolaborasi ini BR03-92 Green Camo sempurna buat anda untuk kelihatan lebih maskulin dan penuh gaya.

MODEL EDISI ISTIMEWA BR03-72 25TH ANNIVERSARY TERHAD KEPADA 25 UTAS, DAN MODEL BR03-92 GREEN CAMO TERHAD KEPADA 100 UTAS SAJA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.