Landskap Gaya Petualang

MELEWATI INTERPRETASI KOLEKSI CAMEL ACTIVE MUSIM LURUH/SEJUK 2018 DALAM CERAIAN YANG MEMANIPULASI FUNGSI DAN GAYA.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Sentiasa mahu tampil dalam ilham maskulin sejati tanpa berkompromi dengan stail yang biasa-biasa juga kualiti, Camel Active menyatukan semua elemen ini gaya lelaki sebenar dalam eksplorasi idea tanpa batas menjadi kunci gaya utama koleksi Musim Luruh/Sejuk 2018. Sinonim dengan rangkaian parka, kemeja genggang dan cino, Camel Active memperkenalkan koleksi yang dipanggil Instinct Lab yang memberi nafas segar dalam setiap rekaan yang dihasilkan. Pilihan material campuran menjadi fokus utama koleksi kali ini bagi memberi kepelbagaian dalam koleksi yang direka.

Colour blocking dan elemen geometri antara tarikan utama koleksi musim ini. Bagi yang sentiasa mahukan sesuatu yang ekstra dalam penggayaan harian, Camel Active menyatukan pertembungan dua elemen dalam satu namun masih kental ciri utamanya iaitu ketahanan dan keselesaan maksima.

Tidak terhenti di situ, idea berani jenama ini diteruskan dengan ilham dye treatment bagi koleksi tercetus daripada identiti military dalam padanan warna lebih harmoni dan seiring.

Mengekalkan ciri- ciri autentik jenama ini, Camel Active tidak meninggalkan teras gaya mereka dalam ceraian kemeja, denim, jaket dan tentunya seleksi but juga loafer yang dipelbagaikan mengikut teknologi serta cita rasa fesyen hari ini.

Bercerita tentang teknologi, rangkaian Musim Luruh/ Sejuk tahun ini tampil dalam material yang lebih ringan bagi memberi lebih keselesaan maksima buat pemakai tanpa perlu lagi dibebani dengan material berat terutama sekali koleksi jaket serta parka.

Keseluruhan koleksi kali ini membiaskan esen kembara buat si petualang dengan cukup sempurna. Tanpa tewas dengan gaya namun masih mengekalkan ciri- ciri keselesaan dan ketahanan optimum. Apa yang menjadikannya lebih unik? Tentu saja kreativiti si pemakai dalam merencana penataan gaya mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.