Mencari Diri Yang Baru

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Sibuk dengan urusan kerja yang tiada hujungnya saban hari, mengejar mimpi yang makin tak pasti mana hala tujunya membawa kita pada keinginan untuk berhenti. Berhenti untuk bercita- cita bukan kerana tiada lagi mahu untuk mengecapinya tetapi lebih kepada memberi ruang untuk kesepian, kegagalan dan kekecewaan yang ada.

Dan proses-proses pembersihan jiwa itu tidak singkat sebetulnya. Jauh dan panjang sehingga kita faham apa yang perlu, apa yang tidak untuk benar-benar dikecapi. Untuk menoleh ke belakang dan kembali melakukan perkara serupa nyata bukan jalan terbaik. Hidup harus evolve – terlalu banyak lagi perkara lain yang boleh kita lakukan juga explore di sisi-sisi hidup yang lainnya.

Apa yang kita perlu lalui adalah menjadi diri yang baru, versinya harus lebih jelas, kemas dan hidup. Jangan terperangkap dengan idea kehidupan lama yang mungkin bagi kita penuh dengan kekecewaan. Sebab kita bukan hidup untuk kecewa. Kita hidup untuk menikmati setiap ruang, setiap nafas yang Tuhan berikan pada kita.

Melihat rakan-rakan yang asyik mengeluh dengan kehidupan yang dilalui setiap kali bertemu mendengar cerita serupa, saya tidak menyalahkan keadaan. Itu pilihan mereka, saya sering berkata pada teman-teman hidup ini ada pilihan kalau kita pilih untuk bersusah, maka berhujung sakitlah kita. Jika jelas dengan visi hidup untuk berlapang dan ringan kita ada pilihan tersebut. Tapi mungkin kita akan hilang nikmat yang ada sekarang.

Namun itulah perkara yang paling ditakutkan ramai orang, untuk hilang segala nikmat yang mereka ada sekarang. Betul, tak ramai yang mahu downgrade their life tapi jangan lupa dalam hidup ini you win some, you lose some.

Kalau rasa masih mahu berada dalam lingkungan serupa, jangan ‘komplen’ jalani sahaja. Itu pilihan yang anda buat. Hidup ini terhidang pilihan – untuk susah, senang atau apa saja. Jangan rumitkan keadaan yang mudah hanya kerana perasaan yang berubahubah kemahuannya. You can never be someone else but you.

2019 menjengah memberi lebih cabaran yang pastinya untuk kita semua. Yang lemah melawan arus akan tertinggal di belakang kerana di dunia serba-serbi competitive ini hanya yang berkeyakinan tinggi dan berani sahaja mampu ke depan dan menyerlah. Tapi daripada itu.

Kejayaan datang dalam formasi berbeza, ada orang berjaya memilih untuk menunjukkan kejayaan mereka dan ada yang sebaliknya. Jika tujuan untuk memberi inspirasi teruskanlah namun jika hanya sekadar mahu menunjuk dan bermegah-megah tinggalkan jauh-jauh sikap begitu. Jadilah manusia yang lebih waras, yang menjalani hidup atas aturan dan logik alam.

Kalam 2018 yang sudah kita tutup semoga menjadi rujukan untuk menjadi individu yang lebih baik. Segala yang hitam biar menjadi panduan agar hidup di tahun baru dengan azam dan kembara yang lebih baru ini akan menjadi satu pengalaman yang lebih untuk kita kenang dalam lipatan memori kehidupan.

Semak segala yang canggung, salah dan silap agar tidak berulang lagi. Dan daripada senarai semak itu ingat kembali apa saja jenis teguran yang pernah diberi pada kita yang membuat kita marah, sakit hati atau bersedih. Salurkan semua kesakitan itu menjadi satu azimat untuk mengajar kita menjadi seorang anak, sahabat, pekerja atau mungkin suami dan ayah yang lebih baik. *DISCLAIMER: Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan GLAM Lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.