Ideal Di Tengah Kota

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks: Johan Kassim Gambar: Ibis Hotel GL

“TERNYATA IA DESTINASI TERBAIK BAGI PELANCONG YANG DATANG MAHUPUN UNTUK ‘STAYCATION’ ATAUPUN TUJUAN BISNES. DAN MENCARI PENGALAMAN YANG MEMUASKAN, SELESA DAN MENONJOLKAN BUDAYA UNIK BANDAR KUALA LUMPUR”.

IBIS HOTEL KLCC MENCIPTA PERISTIWA PENTING SETELAH DIIKTIRAFKAN SEBAGAI IBIS KEDUA TERBESAR DI DUNIA DAN YANG TERBESAR DI ASIA PASIFIK. HOTEL EMPAT BINTANG INI MERUPAKAN PILIHAN TEPAT BUAT SESIAPA JUA YANG DAMBAKAN PENGINAPAN STRATEGIK DI TENGAH KOTA KUALA LUMPUR.

Ibis Hotel Kuala Lumpur City Centre (KLCC), sedia menerima kunjungan penginap bermula Ogos 2018 yang lalu. Inginkan penginapan konsep moden, minimal, dengan harga berbaloi, anda boleh cuba menginap di Ibis Hotel KLCC yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur. Mempunyai lokasi berhampiran dengan pelbagai kawasan tarikan pelancong menjadikan hotel yang mempunyai 684 bilik ini pilihan terbaik.

Lokasi hotel menghadap mercu ikonik, Menara Berkembar Petronas, kompleks Suria KLCC dan ditemani panorama indah bandar Kuala Lumpur menjadikannya pilihan tepat untuk anda yang inginkan kedamaian dan kemewahan, juga tempat yang moden, selesa dan paling penting harga berpatutan.

Pelbagai kemudahan yang ditawarkan Ibis Hotel KLCC, termasuk kiosk daftar masuk, servis dobi, servis shuttle percuma, gimnasium lengkap, kolam in nity, The AsiaSpa, restoran ‘in-house’ Kampung Kitchen, dan sebagainya. Ruang lobi yang luas berserta khidmat penyambut tetamu di kaunter memudahkan proses daftar masuk buat penginap. Pengalaman menginap di hotel ini bertambah menarik dengan adanya kelengkapan penting yang terdapat dalam setiap bilik. Semua bilik direka bersifat peribadi dan dilengkapi dengan katil istimewa ‘Sweet Bed’ yang sememangnya terjamin selesa, termasuk selimut dan bantal material lembut, TV skrin rata LCD 43-inci, tinggi. Bukan itu sahaja, soket/ USB port, fasiliti membancuh kopi dan teh dan tidak ketinggalan, tingkap kalis bunyi yang menawarkan tidur nyenyak sepanjang masa.

Biarpun lokasinya di tengah bandar, penginap tidak akan terganggu dengan kesesakan bunyi atau suasana kurang enak yang berdekatan hotel. Harga semalaman di sini ditawarkan berpatutan berbanding hotel sekitar dan yang paling utama ia mengutamakan keselesaan selain mempunyai ciri- ciri kepekaan moden yang meliputi reka bentuk serta konsep hotel. Ternyata ia destinasi terbaik bagi pelancong yang datang mahupun untuk ‘staycation’ ataupun tujuan bisnes. Dan mencari pengalaman yang memuaskan, selesa dan menonjolkan budaya unik bandar Kuala Lumpur. Juga pilihan tepat buat seisi keluarga yang ingin datang menginap meluangkan masa bersama terutamanya kala musim percutian.

Selain bilik tidur terbaik dan tampak mewah konsepnya, hotel ini juga menyediakan kemudahan lain seperti ruang seminar, bilik mesyuarat dan yang paling menguntungkan servis van shuttle secara percuma. Penginap boleh menyemak jadual perjalanan van shuttle yang telah disediakan bagi menikmati perjalanan menyenangkan ke destinasi tujuan. Adalah dicadangkan bahawa pengunjung rancang lawatan ke destinasi berhampiran seperti Perpustakaan Negara, Pavilion Kuala Lumpur, Intermark, Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi tempat menarik. Lokasi hotel ini telah pun dikenali dengan kawasan yang menjadi tumpuan perniagaan dan hiburan di Kuala Lumpur. Semua permintaan dan kehendak pengunjung akan cuba dipenuhi oleh pihak hotel bagi memastikan kepuasan mereka dapat dicapai di tahap maksima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.