Tony Eusoff

BAKAT BESAR AMAT VERSATIL INI MENYINGKAP JENDELA 2019 DENGAN LEBIH OPTIMIS SERTA FOKUS KEPADA KEBAHAGIAAN DIRI DAN KERJAYA.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - SUIT KODUROI ATELIER FITTON Teks: Azza Farhana Penyelaras, Penata Gaya & Arahan Seni: Johan Kassim Gambar: Keen Ky Grooming & Rambut: Fendi Sani

Anthony Joseph anak Hermas Rajiman atau lebih dikenali sebagai Tony Eusoff, 41, ini sudah tidak asing lagi di dalam gelanggang seni tanah air. Sememangnya Tony ditakdirkan untuk lahir sebagai orang seni. Darah seni bagaikan mengaliri ke segenap relung dirinya. Manakan tidak, semua bidang telah dicuba. Namakan apa saja genre seni, daripada menjadi penyanyi, berlakon drama TV, teater sehinggalah ke layar lebar. Bukan itu saja, jejaka kacak itu turut mempertaruhkan bakatnya menjadi peragawan dan juga pengacara. “Apa-apa yang berkaitan dengan seni, ia sepertikan sebati dengan diri ini,” jelas Tony sebagai pembuka bicara.

Pada tahun lepas Tony muncul untuk melonjak naik menerusi drama siri Jibril dan Projek Dapat Baby. Menguak jendela 2019, Tony berazam untuk menjadi individu yang lebih produktif. Ya, berbual dengan lelaki kelahiran Sarawak pastinya sedikit sebanyak akan terkait pada kisah hitamnya pada 2016. berada di sebalik tirai besi Singapura selama lima bulan lebih benar-benar membekas pada dirinya. Tetapi seperti katanya sewaktu dia kembali menghirup udara kebebasan, pengalaman yang dilalui itu menjadikannya insan yang lebih bermakna. Sememangnya segala kenangan pahit dan kesalahan lalu tidak bisa diundur, tetapi pengajaran yang kita kutip amatlah berharga. Dia beruntung kerana orang- orang sekeliling terutama keluarga dan teman-teman sentiasa menyokongnya dan kala itulah dia juga tahu erti sebenar persahabatan ikhlas apabila teman-teman terus memberi kata-kata semangat yang membuat dirinya berasa dihargai dan mahu terus bangkit lagi. Sudah tentu yang paling membahagiakan dirinya apabila dia terus mendapat peluang untuk kembali menabur jasa di persada seni tanah air yang tercinta.

Sempena tahun baru ini dia mahu merencana kehidupannya dengan lebih baik. Bagi Tony apabila usia sudah menginjak 40-an, ia adalah masa untuk benar-benar memberi ruang untuk menghargai diri dan berasa bahagia. “Apabila sudah meningkat usia ini, saya banyak muhasabah diri, dan mahu yang terbaik untuk diri saya. Dan seperti tawaran berlakon, saya sudah ada keberanian untuk hanya menerima tawaran berlakon yang serasi dengan jiwa saya daripada asyik sapu segala tawaran,” jelasnya akan bersikap lebih selektif ditawarkannya.

Tony akui jadual kehidupannya sekarang sibuk sekali, tambah-tambah lagi apabila dia ligat dengan perniagaan sosejnya, Yoohoohotdogs. Tony bersyukur kerana perniagaan kecil-kecilannya ini mendapat sambutan ramai dan mempunyai menghebahkan lokasi, pasti ada followers setia yang akan hadir. “Bisnes hotdog saya ini tidaklah memberi keuntungan yang ada perancangan nak buka francais atau apa. Buat masa ini tiada pekerja pun, tetapi kawan hotdog saya adalah terletak kepada sos topping dan kerepek ubi.”

Bercerita mengenai aktiviti lapangnya, Tony menyifatkan dirinya begitu menyanjungi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.