Melewati Kesendirian Dalam Berpergian

MELAWAT NEGARA ASING BUKAN SAJA MENDEDAHKAN KITA KEPADA BUDAYA DAN CARA HIDUP MEREKA, NAMUN JUGA MEMBOLEHKAN KITA BEREFLEKSI DAN MENGENALI DIRI KITA SENDIRI.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Menjejak kota Seoul, Korea dalam biasan mewah kota metropolitan sentiasa buat saya kagum dengan betapa kemas dan stylish sekali kota ini. Saya sudah ke sini lima kali dan sebetulnya keterujaan saya ke Seoul bukan kerana obsesi drama atau fenonema muzik K-Pop-nya tapi kerana kemodenannya yang membuat saya terpesona.

Meilhat orang-orangnya cantik dan bebas bergaya, sistem pengangkutan yang begitu memudahkan dan percubaan menikmati makanan Korea yang sentiasanya gagal namun masih memanggil saya untuk ke kota metro ini.

September lalu saya kembali ke Seoul atau lebih tepat saya kembali ke Hongdae, lokasi paling dekat dengan jiwa saya di sana. Destinasi penggemar kopi, muzik dan barangan “fufu” pastinya. Ya, muzik kelas satu yang boleh dinikmati hanya di lorong-lorong utama sekitar Hongik University.

Hongdae tidak sebesar kawasan lain, cukup sehari anda boleh hafal sudut jalannya, jadi tak perlu peta bersama kerana the best experience bila anda travel adalah bila anda lost dan jumpa semula jalan pulang.

Mengimbas sejarah nama Hongdae, merupakan singkatan nama panjangnya Hongik Daehakgyo. Kawasan ini sebetulnya terkenal sebagai destinasi paling ramai kelompok milenial kerana adanya Hongik University yang menjadi mercu tanda Hongdae. Jalan-jalannya tak pernah sunyi, baik siang mahupun malam kerana akan sentiasa ada anak-anak muda yang memenuhi sepanjang jalan di Hongdae.

Melewati pekan ini mungkin tidak sesibuk jalan-jalan utama seperti Garu-so Gil, Myeondong yang sentiasa penuh dengan kenderaan di jalan raya. Jalan utama Hong-Dae lebih lapang dan tenang tanpa kesesakan yang keterlaluan. Kembalinya saya ke sana kali ini dengan idea membebaskan diri daripada sebarang jaringan media sosial. Hanya mahu menikmati hari-hari sebagai seorang pengembara biasa – go travel and get lost.

Sebagai seorang yang menyukai lapangan seni yang pelbagai, Hongdae menawarkan saya keterujaan tersebut. Kunjungan kali ini membawa saya ke aA Design Museum dan Nanta Theater bagi menikmati persembahan muzikal yang dieksperimentasi dengan elemen visual dan bunyian yang kedengaran pelik namun masih menarik.

Ada beberapa pilihan hotel menarik di sana. Kali terakhir saya menginap di hotel Local Stich, hotel 3 bintang yang not bad servisnya. Lengkap sarapan pagi dan kelengkapan lainnya. Kali ini saya cuba pula untuk menetap di 9Brick Hotel yang lebih dekat dengan Hongik University. Lebih besar dan selesa dengan harga yang sedikit mahal berbanding Local Stich.

Terletak betul-betul di jalan utama Hongdae, hotel ini saya pilih kerana akses mudahnya untuk saya ke mana-mana. Dekat dengan subway, hentian bas dan laluan utama teksi. Cuma saya nasihatkan jangan memilih untuk travel dengan teksi, harganya mahal.

KOTA PENUH GAYA

Malam di Hongdae lebih meriah berbanding siangnya

yang tidak kelihatan ramai orang di sanasini. Di jalan utama Hongik University terletaknya barisan kedai-kedai menjual pakaian. Kebanyakannya ‘fufu’ jenamajenama cult seperti AMI Paris, Acne, HBA, Juun J, Marcelo Burlon dan Supreme antaranya yang paling banyak dijual.

Biarpun yang disarung semuanya tidak asli, mereka masih kelihatan begitu bergaya sekali. Mix and match antara item original dan tiruan yang saya kira berjaya jugalah mengaburi mata-mata orang seperti saya yang tidak begitu tahu membezakan mana yang asli dan bukan.

Di serata jalanan Seoul akan ada sahaja jurugambar jalanan yang merakam gaya anak-anak muda ini sebagai pengisian media sosial mereka. Mungkin ini juga alasan mengapa anak-anak muda ini sentiasa bersiap elok dan rapi penuh gaya setiap kali keluar rumah. Yelah, mana tahu akan ada jurugambar yang menyapa mahu merakam aksi gaya jalanan mereka.

MELEWATI KEMBARA TANPA JARINGAN MEDIA SOSIAL

Kembara saya kali ini seperti saya katakan awal tadi, kembara untuk saya bebas daripada sebarang jaringan media sosial. Saya selalu mahu lakukan ini dalam kehidupan seharian namun entah mengapa sukar sangat rasanya. Jadi di kesempatan untuk berpergian ini saya tekad untuk menjarakkan diri seketika daripada jaringan Facebook, Instagram dan Twitter.

Saya kembali ditemani The David Foster Wallace Reader dalam 936 muka surat, muzik DEAN dan nota kecil – saya catitkan segala apa yang saya nampak, di kafe sekitar Garuso Gil dan melihat orang lalu lalang di jalan utamanya ada yang berkelompok ada yang bersendirian dengan karakter dan personaliti berbeza memberi ilham untuk kita melihat kembali diri kita.

Apa yang menarik perhatian saya di Seoul itu bagaikan tiada seorang pun yang berjalan tanpa melihat gajet mereka. Mungkin fenomena ini sama sahaja di mana-mana namun kebarangkalian dalam hidup. Kita yang terlalu bergantung pada gajet dan internet yang hampir pasti kita gagal berfungsi jika talian internet diputuskan.

Sebagai seorang yang tidak terlalu aktif di Instagram peribadi ( basically kerana saya ada 3 lagi akaun lain berkaitan kerja yang harus diambil pusing) keinginan untuk berkongsi itu begitu kurang ada dalam diri. Saya tak pasti mengapa keterujaan itu tidak ada dalam diri, barangkali faktor usia atau memang bukan sifat saya begitu.

Saya duduk di art street Hongdae hampir setiap petang ke malam setidaknya tiga jam menikmati anakanak muda ini membuat persembahan di jalanan. Effort yang mereka buat bukan sedikit menurut saya, bagaikan mahu membuat persembahan besar yang siap berkostum, bersolek cantik baik perempuan mahupun lelaki.

Melihat mereka saya belajar tentang passion. Alasan yang memandu kita untuk jadi a better version of ourselves. Pelajaran paling berguna yang mereka dapat ada di lorong-lorong kecil ini. Bersahabat dengan random people dan meraikan keterbukaan untuk diterima atau ditolak apa yang ditawarkan.

Lima hari saya di Hongdae diisi dengan aktiviti melihat bagaimana kita sebagai manusia evolve tidak di pengisian jiwanya. Yang semakin cantik luaran namun yang di dalamnya sukar untuk kita mentafsir jujur atau tidaknya. Dan kejujuran itu saya temui pada anak-anak muda di jalanan yang bermain muzik dan yang berekspresi di dinding-dinding seni.

Saya pulang segar tanpa komitmen mahu memuat naik gambar apa di Instagram atau status apa di Facebook dan paling penting mengambil pesanan ramai mengirim itu dan ini. Semua tertulis dalam nota kecil juga ingatan. Dan saya kira itu sudah cukup membuatkan kembara sendiri saya terisi dan saya pulang dengan pemikiran lebih jelas dengan apa yang saya mahukan dalam hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.