AGAR KITA LEBIH BERPERIKEMANUSIAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - KATA EDITOR -

Congratulations or sur i ing 2018! What a year, kan? Episod suka dan duka berlangsung dengan penuh dramatik hinggakan setiap tiada yang terkecuali.

Semestinya, pembentukan kerajaan baru yang terhasil daripada Pilihan Raya Umum ke-14 muncul sebagai topik dominan, dan turut mempengaruhi dialog fesyen. Di KL Fashion Week RTW 2018 misalnya, jelas dilihat pereka-pereka lokal menjadikan us a et Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai salah satu ilham untuk koleksi fesyen lelaki mereka.

Selain diskusi politik tempatan mahupun luar negara, antara isu hangat yang mengisi in lusi ity, ody ositi ity, fesyen beretika dan juga isu kesihatan mental. Topik-topik yang aku cuba untuk cetuskan dalam GL sejak beberapa tahun kebelakangan ini, untuk menggalakkan perbualan serius di samping perkongsian beritaberita fesyen dan selebriti dari musim ke musim. Biarpun dilihat sebagai topik-topik trending, harapan aku agar dialog sebegini diteruskan bukan kerana ia trendy atau tular. Tapi sebab ia penting dan amat relevan. Kerana inilah hala tuju fesyen – dan landskap sosial secara amnya hari ini.

Tapi jangan terkejut. Ya, it’s already 2019 tapi percayalah. Satu tahun sebelum visi 2020 yang kita agung-agungkan dulu, kita pasti akan masih berdepan dengan masalah rasisme, misoginis, buli, dan diskriminasi baik prejudis terhadap golongan yang tidak mampu membela diri mereka, sungguhpun kita sudah memasuki milenium baru. Teknologi dan inovasi semakin progresif, tapi manusia semakin regresif. Hanya dengan memperbanyakkan diskusi, diharapkan boleh membuka minda dan menggerakkan solusi agar kita menjadi semakin sedar, bertolak-ansur, berpengetahuan dan lebih berperikemanusiaan.

I mean, seriously. Di saat-saat akhir tahun 2018 menutup tirai, satu negara berkabung apabila Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, ahli Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya daripada rusuhan yang berlaku tiga minggu sebelum itu. Perasaan amarah dari pelbagai pihak mahu menuding jari, namun sedar tak sedar perasaan amarah sebegitulah yang menimbulkan rusuhan itu in t e rst la e. Ya, kita doakan #justiceforAdib. Pada masa yang sama, mengapa tidak dengan kehadiran tahun yang baru ini, kita tekadkan dalam diri untuk lebih bersabar dalam menangani lagi mangsa yang tidak bersalah terkorban akibat daripadanya. e need to e etter, e ause e deser e etter..

SATU TAHUN SEBELUM VISI 2020, KITA PASTI AKAN MASIH BERDEPAN DENGAN MASALAH RASISME, DAN DISKRIMINASI TERHADAP GOLONGAN YANG TIDAK MAMPU MEMBELA DIRI MEREKA, SUNGGUHPUN KITA SUDAH MEMASUKI MILENIUM BARU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.