BAGASI FORMASI TERSENDIRI

MENJELAJAH DUNIA BERSERTA BEG KEMBARA SERBA SEGAK SERTA TAHAN LASAK MENAWARKAN PENGALAMAN BERCUTI MAHUPUN BEKERJA LANCAR DAN LEBIH BERGAYA.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - STAIL - GL

Mahupun anda seorang ahli perniagaan atau sang petualang yang sering merantau, pastinya memerlukan serangkaian bagasi yang cukup sifat dari segi bentuk, kegunaan dan prestasi. Kesemua ciri- ciri tersebut tersedia di dalam himpunan lengkap bagasi berkelana Montblanc dari koleksi #MY4810. Ianya direka untuk memenuhi keperluan penjelajah yang mahu merasai pengalaman baru dan memerlukan konsistensi dan kepercayaan pada bagasinya untuk memastikan perjalanan lebih lancar.

Memiliki reka bentuk rapi, tahap ketahanan yang dijamin teguh serta berprestasi tinggi, barisan troli #MY4801 memiliki lima saiz berbeza yang direka seiring dengan gaya hidup kesemua pengguna. Antara bagasi yang diperkenalkan ialah Pilot Case padat bersama dua roda, troli kabin empat roda sama ada dengan atau tanpa poket depan- akses mudah mencapai barangan teknologi peribadi. Selain itu, troli kecil sederhana dan troli sederhana besar menawarkan ruang penyimpanan yang cukup untuk perjalanan destinasi jarak jauh.

Sesuatu yang menarik tentang aksesori ini, ia dibuat di Itali, dan membawakan percampuran di antara reka cipta asli Itali, pembuatan makanikal Jerman dan teknologi berprestasi tinggi Jepun dengan menggabunggkan polikarbonat ringan serta penggunaan fabrik kulit secara elegan yang memperlihatkan gaya urban masa kini. Roda bebola buatan Jepun dengan pusingan darjah 360° memastikan gerakan yang selesa dan lancar, manakala pemegang pelbagai guna oleh buatan Jerman membolehkan pengembara melaraskan ketinggian pemegang tangan mengikut keselesaan individu dengan ketepatan posisi kala berjalan. Selain itu, reka lekuk asli di hadapan panel membangkitkan signatur symbol “M” Montblanc serta sisipan kulit inisial yang eksklusif tersedia khas buat pemilik beg tersebut. Di dalam bagasi juga terdapat ruangan berzip, ruang penyimpanan komputer riba dan ruang simpanan gajet penting lain. Kepada pengembara yang ingin berhubung melalui gajet berteknologi tinggi, versi beg kabin #MY4810 dilengkapi dengan ruang khusus untuk bateri bank kuasa juga didatangi dengan kunci TSA yang tersemat pada bagasi ini sebagai pelindung dari sebarang kecurian yang tidak diingini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.