SISLEŸUM UNTUK LELAKI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Tahun berubah, usia juga bertambah. Memang pada lelaki proses penuaan hadir lewat sedikit daripada wanita dan berlaku secara perlahan-lahan tetapi apabia ‘tua’ tiba, ia akan ketara. Kedut akan dalam, garis tampak kasar dan tidak dapat disembunyikan. Jadi, rawat daripada sekarang. Tunda kedatangan kedut, kerut, kulit kusam atau apa sahaja yang identik dengan proses penuaan. Masa untuk membeli produk anti-penuaan. Sisley antara yang prihatin masalah ini. Cuba sisleÿum, produk global anti-penuaan ini dirumus khas untuk lelaki bertindak membekalkan nutrisi, lembapan, memulih, mengurangkan kilat, mengurangkan garis atau kedut serta mengembalikan keanjalan kulit. Hadir dalam dua tekstur, gel untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak dan tekstur krim untuk kulit kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.