AKSESORI IKONIK FENDI

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN - Teks: Arie Sampornak

The Baguette is back! Beg Fendi Baguette yang cukup terkenal kini membuat debutnya dalam koleksi aksesori lelaki. Dipertonto­nkan buat pertama kali di pentas peragaan Fendi Men Musim Luruh/Sejuk 2019, beg ikonik yang direka oleh Silvia Venturini Fendi pada tahun 1997 telah disuntik nafas baru yang lebih sesuai bagi gaya hidup lelaki urban. Memiliki tiga saiz berbeza, yakni maxi, regular dan mini. Baguette

Men dihasilkan menggunaka­n material yang pelbagai yang mengetenga­hkan sifat unik rumah fesyen tersebut yang menitik beratkan perincian dan kreativiti yang tiada limitasi. Dari pilihan material croco mahupun mink hingga ke fabrik signatur kulit Selleria. Beg Baguette ini akan terus berubah tetapi masih tetap setia dengan DNA jenama Fendi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.