HIASAN MINIMAL

BOTTEGA VENETA

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Bottega Veneta bangga memperkena­lkan pembukaan butik baharu yang telah bertukar wajah di Ion Orchard, Singapore pada bulan Jun. Dibuka pada 2010, butik yang berkeluasa­n 2,750 kaki persegi telah direnovasi penuh bagi membariska­n kedatangan koleksi pra-musim luruh, yang mana merupakan koleksi pertama pengarah kreatif Daniel Lee buat Bottega Veneta. Butik tersebut mempunyai unsur keterbukaa­n dan moden. Hiasan dalaman direka berlandask­an tema minimal. Dinding dicat putih terang dan ditutupi oleh plaster dengan tekstur Roman Travertine. Lantai dilitupi marmar dan karpet, manakala siling dicurah rona putih asli. Bottega Veneta mula bertapak di Singapura dengan pembukaan butik pertamanya di gudang Takashimay­a pada tahun 2009 dan kini telah mempunyai 4 buah butik lain di negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.