MELINTASI ANTARA BINTANG

GLAM Lelaki - - ISTIMEWA MONTBLANC - GL

PENEROKAAN RUANG ANGKASA YANG MENAKJUBKA­N DICERITAKA­N OLEH BEKAS ANGKASAWAN ASAL CINA-AMERIKA, LEROY CHIAO. HIMPUNAN INSTRUMEN PENULISAN MONTBLANC STARWALKER MEMBERI ASPIRASI UNTUK BERDAMPING LEBIH RAPAT DENGAN PLANET KITA. SEKALI GUS, MENJUNJUNG TELADAN KECEMERLAN­GAN SERTA NILAI YANG TIDAK BISA DIUKUR KERANA TIDAK PUNYA PERBANDING­AN YANG NYATA.

Dalam pada dunia hari ini berputar jauh lebih pantas, para penghuniny­a mungkin lupa betapa planet yang didiami cukup mengagumka­n lagi berharga. Petualang angkasa yang sudah melintasi antara bintang-bintang menggambar­kan emosi yang melampau, pabila penampakan bumi terapung dari luar angkasa yang luas. Bersempena kempen pelancaran instrumen penulisan Montblanc StarWalker, Montblanc melestari himpunan terbaru ini bersama angkasawan Cina-Amerika yakni

Leroy Chiao dan ilustrator Korea, Jaehoon

Choi bagi menterjema­hkan kekaguman

pengembara kala menatap kembali ke bumi daripada ruang angkasa. Secara tidak langsung, membingkis pengalaman yang tidak dijangka berpeluk kerinduan akan keluarga yang terngiang di ingatan.

Bekas angkasawan merangkap komander stesen angkasa adalah salah satu daripada segelintir individu yang berpeluang menyelami keajaiban ruang angkasa serta menyaksika­n kerapuhan Bumi setelah meluangkan 229 hari di angkasa untuk empat misi. Leroy Chiao sudah menggunaka­n instrumen penulisan Montblanc sejak bergelar pelajar lagi. Lantas, diberikan hadiah oleh orang rumahnya waktu kesempatan misi keempatnya.

Dalam satu siri ilustrasi animasi yang diolah menggunaka­n instrumen penulisan Montblanc StarWalker, Leroy berkongsi impresi tatkala menoleh pandangan ke bumi terus dipukau dengan aura biru selautan bintang yang mengepungn­ya. “Waktu mengorbit bumi, anda menyedari keagungan planet kita yang membiru... rumah kita,” jelasnya. “Bumi terus bertahan hidup. Saya menekuni dan faham bila memandang ke planet kita yang hadir berwarnawa­rni.”

“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 pendaratan manusia di bulan. Seperti Leroy berpeluang melihat bumi dari angkasa berkongsi perasaan dalam menjulang keagungan planet yang sukar untuk diterangka­n. Demikian, kami memutuskan untuk mengambil perspektif yang unik mengenai penerokaan ruang angkasa dengan memandang kembali planet kita dari ruang angkasa yang luas. Himpunan Montblanc StarWalker adalah mengenai inovasi, kejurutera­an serta kemodenan. Kempen baru ini, memperinga­tkan kita untuk memelihara dan menghargai planet kita,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Montblanc, Nicolas Baretzki.

Montblanc StarWalker terbaru mengekspre­sikan keajaiban sebagai sebahagian daripada pengembara­an manusia yang paling misteri lagi berkuasa. Resin hitam berharga yang diolah untuk instrumen penulisan menterjema­hkan ruang angkasa yang luas lagi gelap. Manakala, kubah transparan di hujung pena atau pada tudung penutup memperliha­tkan kebangkita­n bumi atas cakerawala lunar seperti yang dilihat dari bulan. Sekali gus, memperinga­ti lantas menghargai planet ciptaan- Nya. Tudung penutup bersalut platinum digilap dan batang pena mewakili angkasawan. Susuk rekaan klip tudung penutup diolah bersudut menyerupai bentuk roket angkasa. Sementara mekanisme skru pada bahagian atas penutup menyamai helmet yang disertakan sut angkasawan sebelum berlepas ke ruang angkasa.

Himpunan instrumen penulisan merangkumi edisi Precious Resin serba hitam, edisi Doué pula diolah paduan resin hitam dipasangka­n dengan tudung penutup logam, dan terakhir sekali edisi Metal penuh yang digarap sepenuhnya logam nan anggun. Setiap edisi didatangi dengan pena dakwat, pen mata bola dan pen Fineliner. Tidak lupa juga, buku nota yang sepadan dan kantung pena memaparkan pemandanga­n bumi dari angkasa. Imej bumi berkilau yang dicetak pada kulit metalik berkilat menerbitka­n efek tiga dimensi seolah- olah memandang kosmos yang berkilauan.

LAKARAN ILUSTRATOR, JAEHOON CHOI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.