DEGUP NADI PULSOGRAPH

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Kemuncak barisan terbaru rumah arloji terkemuka ini adalah Montblanc Heritage Pulsograph yang hadir terhad dalam

100 utas. Jam tangan ini diilhamkan oleh para pengumpul yang memanggiln­ya sebagai ‘jam tangan doktor’. Di mana, ia digunakan oleh doktor pada masa lalu bagi memeriksa kadar degupan jantung pesakit. Jam tangan berdiamete­r 40 mm ini digarap daripada keluli lalu dikuasakan oleh nadi monopusher kronograf kaliber MB M13.21 citra Montblanc sendiri. Ia dapat dilihat menerusi balik caseback, sekali gus dilengkapi indikator pulsograph untuk mengawasi 30 putaran degupan. Laman dail rona salmon yang elegan diolah sedikit melengkung untuk melestari susuk rekaan vintaj yang boleh dilihat pada jam tangan Minerva sekitar tahun 1940-an dan 50-an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.