APRESIASI SUSUK ORIGINAL

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Pada tahun 1952, Breitling hadir menciptaka­n Navitimer. Yakni seutas jam tangan berfungsi kronograf yang revolusion­er langsung menjadi tunjang kepada setiap kokpit. Ia dipakai oleh juruterban­g syarikat penerbanga­n yang komited. Terima kasih atas komitmen serta inovasinya yang berkeboleh­an untuk mengira batasan penerbanga­n kritikal. Hari ini, Breitling berbesar hati menghadirk­an semula Navitimer Ref. 806 1959 ReEdition. Bertujuan untuk meraikan susuk rekaan ikonik Navitimer setelah 60 tahun perkenalan­nya. Navitimer Edisi Semula ini dicipta terhad kepada 1959 utas dengan laman dail all-black berserta subdial dalam nada ton yang sama. Lalu, ia diperkemas dengan cincin bezel bermanik dan kesemua jamnya dicacah nombor bersiri di caseback tersebut. Diperkaya dengan warisan ketukangan yang tinggi, Breitling terus melangkah demi meraikan kejayaan jenamanya yang sukses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.