SUSUK IKONIK MONACO

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Semua pandangan tertumpu pada Grand Prix Formula 1 Monaco di litar jalan raya Rock of Monaco Mei lalu. Kerana jam tangan ikonik TAG Heuer Monaco meraikan ulang tahun ke-50 di wilayahnya sendiri. Bagi menghormat­i peristiwa penting ini, lima ciptaan dibentangk­an secara berturut-turut diumumkan sepanjang tahun ini. Diinspiras­ikan oleh dekad yang berbeza dari tahun 1969 sehingga 2019, ia memberi penghormat­an kepada susuk rekaan yang timeless lalu berarus nadi inovasi yang berterusan. Turut sama mencetuska­n ikon gaya terkini yang lebih kontempora­ri dari ciptaan terdahulu. Di samping itu, para tetamu diberikan akses kepada acara berprestij di Monaco, termasuk parti yang mengambil lokasi di dalam kapal layar TAG Heuer dihoskan oleh Patrick Dempsey dan Bella Hadid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.