PENEROKA DASAR LAUT

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Jam tangan penyelam yang cemerlang ini adalah selingan daripada kecanggiha­n teknologi arloji. Selaras dengan pensijilan ISO 6425, Ocean Star Diver 600 terbaru ini berkemampu­an kalis air kepada tekanan 60 bar atau 600 m/1,968 kaki lalu dilengkapi injap helium. Rekaannya digarap dari keluli bergilap kemasan satin bersalut DLC hitam di mana merupakan prosedur kejurutera­an yang termaju. Rekaan cincin seramik hitam ditampilka­n dengan bezel bergerigi, terukir angka yang disuntik cat kilau Super-LumiNova Grade X®. Merupakan satu inovasi yang membolehka­n waktu dibaca dengan tepat lagi jelas dalam apa jua situasi. Nadi degupan siri ini memberikan dikuasakan Kaliber 80 yakni, pergerakan kronometer yang diperakui COSC dengan spring imbangan silikon memberikan ketepatan yang luar biasa dan kalis rintangan kejutan serta punya autonomi rizab kuasa sehingga 80 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.