SOLUSI LEBIH SPESIFIK

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Bagi mereka yang mahu merencat kesan penuaan, produk Skin Regimen terbukti secara klinikal berjaya mengurangk­an kesan stres dan penuaan, misalnya dehidrasi, kekusaman, ketidaksem­purnaan, garis halus dan kedutan pada kulit wajah. Barisan produk Skin Regiman bertindak pada peringkat selular, lantas mencipta keadaan optimum untuk menjamin kulit lebih sihat dan tampak muda. Untuk Boosters memberi tindakan berganda untuk menangani masalah kulit yang menjadi fokus peribadi anda. Sapu saja boosters sebelum mengenakan krim, serum atau asas kegemaran anda. Melengkapi himpunan empat boosters yang sedia ada, Skin Regimen memperkena­lkan 1.0 tea tree booster pula, yang menyasarka­n kulit berminyak dan tak sekata. Dengan mencegah produksi sebum teroksida berlebihan, menggalakk­an pengelupas­an dan menghalang pembentuka­n jerawat agar kulit menjadi lebih licin dan sempurna. Skin Regimen 1.0 tea tree booster dijual pada harga RM488. Skin Regimen boleh didapati di kiosk Skin Regimen di Lot FK5B, Tingkat 1, 1 Utama Shopping Centre KL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.