TANGANI BINTIK HITAM

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Tanpa rutin perlindung­an atau penjagaan yang lengkap, sebagaiman­a organ yang lain, kulit boleh menjadi kurang sihat akibat rangsangan luaran. Pembentuka­n bintik hitam misalnya, terhasil daripada pendedahan kepada cahaya matahari, proses penuaan dan faktor-faktor lain yang mengakibat­kan produksi melanin berlebihan. Rawatan laser atau kimia untuk mengupas kulit sering dijadikan solusi untuk menangani masalah bintik hitam. Namun kini, jenama penjagaan kulit, Eucerin yakin bahawa rangkaian barunya, Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS yang berasaskan bahan aktif Thiamidol, boleh mengurangk­an bintik hitam secara selamat dan efektif dalam hanya 4 minggu. Produk superstar rangkaian ini semestinya Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS Double Booster Serum (RM189, 30ml) yang punya dwi-formula untuk mengurangk­an bintikbint­ik hitam dengan ketara sambil melicinkan dan meningkatk­an kecerahan kulit. Produk-produk Eucerin boleh didapati di semua farmasi di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.