KUASA ALGA

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Laut dalam punya seribu satu rahsia, dan jenama kosmetik dari Jerman, Dr. Rimpler telah menyelami lautan biru untuk melepaskan kuasa alga dan bahan-bahan aktif lain untuk memperkasa­kan rangkaian penjagaan kulit Cutanova Face Spa. Kuasa alga ini persis satu bateri gergasi yang menyimpan tenaga untuk menghidupk­an semula dan menyuburka­n sel, sambil memperting­katkan metabolism­e dan perlindung­an dari pengaruh yang berbahaya. Bahan aktif yang digunakan pula bukanlah hasil eksperimen makmal tapi berasal alam semula jadi semata-mata. Yakni dalam bentuk dipeptida semula jadi dari alga biru-hijau yang mampu bertindak mengurangk­an kedutan, merangsang­kan daya hidup dan penambahan sel-sel kulit. Terdapat enam produk Dr. Rimpler Cutanova Face Spa untuk membersih, melindungi, memperbaik­i dan menguatkan sel kulit disediakan, dengan harga runcit dari RM128 ke RM308. Boleh didapati di pusatpusat kecantikan terpilih di seluruh negara. Layari www. cheerful.com.my/ brands/dr-rimpler untuk info lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.