BINGKISAN IKONIK BEETLE

GLAM Lelaki - - INDEKS AUTO -

Volkswagen Beetle adalah kereta empat tempat duduk yang mula diproduksi di Jerman tahun 1938. Model itu bertahan selama 80 tahun sebelum menutup tirai usianya tahun ini. Produksi terakhir mobil ikonik Volkswagen Beetle diraikan dengan penampilan Collector’s Edition Beetle yang eksklusif. Hanya 75 unit ditawarkan dengan harga runcit RM164,390 dan didatangka­n dalam rona biru (Blue Silk), putih (Pure White), oren (Habanero Orange) dan merah (Tornado Red). Versi Collector’s Edition ini dilengkapi pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000. Ia merangkumi pedal sport aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukka­n nombor produksiny­a. Semua 75 orang pemilik juga akan menerima satu sijil pemilikan rasmi Collector’s Edition.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.