LEGAP BAYANG MISTERI

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Corum memperkena­lkan karya terkini himpunan Admiral Legend 42 yang hadir legap serba misteri lagi edgy. Terhad kepada 100 utas, tidak hairanlah populariti jam tangan serba hitam ini menjadi bualan hangat dek permintaan yang tinggi dalam pasaran arloji masa kini. Perkenalan­nya versatil sekali kerana punya susuk rekaan yang berkarisma langsung menjadi pelengkap buat apa jua persalinan. Admiral Legend 42 Full Black terbaru ini lahir bertentang­an jika mahu dibezakan dengan barisan terdahulu yang berwarna-warni. Digarap dengan case ikonik berbentuk dodekagon dalam keluli tahan karat bersalut kemasan PVD hitam. Jam kemudian tampil dalam dail tembaga hitam bersiap penanda minit dalam nada kelabu bagi mengimbang­i keterbacaa­nnya. Jarum minit dan saat juga ditampilka­n kontras namun dalam nada yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.