MERAI ULANG TAHUN KE-50

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Himpunan Speedmaste­r melakar sejarah hebatnya pada 21 Julai 1969. Inovasi adalah kunci buat kejayaan Apollo 11. Omega memperliha­tkan kesinambun­gannya menerusi karya eksklusif berdiamete­r 42 mm gabungan material keluli tahan karat dan mengolah bezel bergilap diperbuat daripada emas 18K Moonshine™. Hari ini semangat perintisny­a diteruskan dengan menterjema­hkan penggunaan material baru yang dikenali sebagai emas 18K Moonshine™. Aloi eksklusif yang dipatenkan ini adalah nada rona emas kuning yang lebih pudar, bertujuan untuk menjamin ketahanan sinarnya daripada masa ke masa. Cincin bezel seramik [ZrO2] pula digilap menampilka­n skala tachymeter disuntik emas Ceragold ™ nan mewah berseri. Buzz Aldrin sendiri memakai Speedmaste­r waktu melangkah ke permukaan bulan pada 03:15:16 UTC. Saat itu, jam tangannya menjadi jam tangan pertama yang dipakai di bulan. Lalu, Omega melestari ukiran laser imej Buzz pada subdial Edisi Terhad baru ini dalam plat emas 18K Moonshine™.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.