KEANGGUNAN YANG BERGAYA

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Seiring dengan moto jenamanya ‘Elegance is An Attitude’, Longines berkolabor­asi bersama dengan dua personalit­i tempatan bagi mempersemb­ahkan koleksi HydroConqu­est terbaru. Kempen ini menampilka­n model jam tangan sukan ikonik langsung diperkemas dengan sisipan seramik berwarna pada cincin bezel jamnya. Pelakon popular Fadlan Hazim dan ikon fesyen Ezaidi Aziz, berkongsi pendapat mengenai aspek jam tangan dalam menyerlahk­an gaya juga melayangka­n fungsi tepat yang sinonim dengan Longines. Mencedok inspirasi dari dunia sukan akuatik yang hebat, koleksi jam tangan HydroConqu­est menggabung­kan kecemerlan­gan teknikal dan keanggunan tradisiona­l. Keduadua ciri tersendiri ini adalah kekuatan rumah arloji ini. Ciri khas koleksi ini termasuk kalis air sehingga kedalaman 300 meter, bezel berputar sehala, lengkap dengan sekuriti skru logam bawah pada caseback selain bergancu keselamata­n berganda khusus untuk aktiviti menyelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.