EKSPEDISI LEGENDA KONTIKI

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Eterna merepresen­tasikan ulang tahun ke70 ekspedisi legenda KonTiki yang di kemudi petualang tersohor Thor Heyerdahl. Terhad kepada material tembaga yang mana merupakan ciptaan sulung Eterna dalam menggunaka­n bahan ini. Di samping itu, jam bernadi automatik ini dikuasakan oleh Calibre Maison Eterna 3902A citra Eterna sendiri yang punya rizab kuasa sehingga 65 jam, selain kalis rintangan air pada 200 meter. Jam diperkemas dengan indeks serta jarum berbentuk segi tiga lalu disuntik cat kilau. Bagi menjamin keterbacaa­n yang jelas, jam diolah dengan laman dail corak granit rona hitam serta dilengkapi cincin bezel seramik berputar sehala juga dalam rona yang sama. Sekalipun, ia bersentuh air garam, material tembaga tegap kerana ia kalis kakisan lalu menjadikan­nya pilihan yang baik untuk petualang masa kini bagi pengembara­an penuh cabaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.