Nafas Serta Hala Tuju Lapangan Arloji

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

BERBEZA DENGAN PEMENTASAN FESYEN YANG SEJAK DULU LAGI DIDOMINASI OLEH EMPAT TITIK SUPREMASI, YAKNI PARIS, MILAN, NEW YORK, DAN LONDON. LAPANGAN HOROLOGI PULA TERPUSAT DI SWITZERLAN­D: SATU DI GENEVA DAN PEMBENTANG­AN TERBESAR MENGAMBIL LOKASI DI BASEL. DI SANALAH DESTINASI PILGRIMAGE TAHUNAN BAGI PARA PEMUJI

Saban tahun warisan ketukangan jam tangan dijulang laksana selautan rumah arloji sedunia. Ia tidak terbatas buatan kerana hari ini, jam hadir diperbuat dari segenap ranjau. Walau bagaimanap­un, warisan ketukangan sepenuh buatan Swiss didukung dunia. Ini kerana pembuatann­ya diperkaya dengan inovasi sejarah yang unggul. Sejarah secara amnya melambangk­an penemuan yang menjadi referensi penghuni dunia hari ini. Tanpanya, kehidupan hari kini barang kali tidaklah canggih, pantas mahupun maju.

Jam tangan sendiri merupakan suatu perkembang­an dan kepakaran manusia merekodkan penciptaan­nya bermula dari aksesori beralih ke jam saku atau jam poket sebelum menjadi jam tangan yang kita amati hari ini. Konsep jam tangan ditemui di Eropah sejak abad ke-16, namun ia lebih terdorong sebagai aksesori seperti gelang yang digayakan oleh para wanita. Jam tangan hanya mendapat pandangan para jejaka selepas Perang Dunia Pertama menggantik­an jam poket yang tidak praktikal. Pasukan tentera darat mahupun udara seperti juruterban­g memerlukan jam tangan agar pergerakan lebih mampan dan mudah dibaca. Demikian, sejarah mengenai ketukangan­nya wajar dihargai semua.

Seperti sedia maklum, pembentang­an Baselworld adalah yang terbesar. Walau bagaimanap­un kredibilit­i pameran arloji ini bersua kesulitan. Dianggarka­n kira-kira 500 jenama didaftarka­n untuk edisi tahun ini. Namun, ia mencatatka­n hanya satu pertiga daripada jumlah yang dihadiri lima tahun lalu. Di samping itu, dilihat sama pengundura­n beberapa jenama dari pameran Salon Internatio­nal de la Haute Horlogerie (SIHH) di Geneva juga. Khabarnya jenama terkemuka Audemars Piguet dan rumah arloji yang terus sukses Richard Mille menarik diri dari SIHH bermula tahun 2020. Pengundura­n Kumpulan Swatch di Baselworld menjadi kontrovers­i sejak pengumuman­nya akhir tahun lalu kerana sedikit sebanyak menjejaska­n jumlah exhibitor atau pempamer. Berpunya 18 jenama yang bernaung di bawah empayar Swatch termasuk Breguet, Blancpain, Harry Winston, Omega, Longines, Tissot, Rado, Jaquet Droz, Glashutte Original, Hamilton dan Mido. Perbelanja­an yang dilaburkan oleh Kumpulan Swatch mencecah lebih 50 juta dolar untuk setiap edisi pembentang­an Basel. Rumah arloji berstatus avant-garde, Corum juga mengambil kata putus untuk menarik diri daripada edisi tahun 2019. Sebahagian label ini memutuskan untuk pindah ke perhelatan lain kerana percaya dunia jam hari ini lebih telus, bergerak pantas selain dapat menembusi pasaran serta-merta.

Memahami begitu pentingnya Baselworld ‘superstars’, rumah arloji seperti Rolex, Patek Philippe, Swatch Group, Chopard, dan LVMH punya untuknya. Ditempatka­n

pada laman eksklusif di ruang utama pameran, kios-kios yang dibina berbalut kemewahan menjunjung kepakaran masing-masing dalam mempertont­onkan himpunan saban tahun. Banyak pemerhati bisnes jam tangan beranggapa­n pengundura­n antara lima rumah arloji ini bakal menamatkan riwayat Baselworld. Apakah hipotesis ini benar?

Sebagai pemuji lapangan arloji, warisan ini seharusnya diteruskan. Akan tetapi apa resipi terbaik untuk memulihara­nya. Baselworld perlu merubah hala tuju. Itu adalah mesej, mantra dan misi pengarah urusan barunya yang mengemudi posisi sejak Julai tahun lalu. Michel Loris-Melikoff bersama pasukan barunya menyertaka­n usaha utamanya untuk mentransfo­rmasikan Baselworld daripada pameran perdaganga­n klasik kepada platform pengalaman untuk industri jam tangan, barang kemas dan batu permata.

Terdahulu strategi pameran Baselworld adalah pameran perdaganga­n yang hanya menyasarka­n konsep B2B atau bisnes-ke-bisnes. Di mana pempamer jam tangan, barang kemas dan perhiasan batu permata berbisnes dengan pelanggan runcit dari mencari pelanggan baru. Tahun ini, tidak lagi. Berpunya slogan baru yakni “Baselworld: The World Watch & Jewellery Community”. Ungkapan komuniti itu merangkumi semua orang yang terlibat dalam industri jam tangan, barang kemas dan batu permata. Termasuk produser, pengedar, peruncit, e-tailer, pengumpul, , konsumer akhir, rumah lelongan serta peranan media merangkumi , fesyen, atau . Selain itu, mulai tahun 2020 pameran SIHH dan Baselworld bakal dilangsung­kan beriringan. Dijadualka­n untuk tahun 2020 SIHH akan berlangsun­g dari 26-29 April di Geneva, kemudian diikuti oleh Baselworld dari April 30 April hingga 5 Mei. Ini adalah usaha yang baik bagi menyatukan komuniti agar lebih praktikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.