Energi Kebebasan Urban

POLICE ADALAH EVOLUSI KEUSAHAWAN­AN MERENTANG IDEA KEBEBASANN­YA SELAMA 35 TAHUN. PANDANG JAUH KE HADAPAN, POLICE MENGEKSPRE­SIKAN NADI URBAN BERGABUNG SPIRIT JALANAN YANG REBELLIOUS

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Mendukung inspirasi gaya hidup ‘on the road’ Amerika, Police ditubuhkan pada tahun 1983. Langsung, muncul dengan pantas sebagai satu jenama yang miliki semangat individual­iti. Demikian, imej jenama fesyen ini terus diperkasak­an sejak pertengaha­n era 90-an lalu menjadi fenomena global. Sehubungan itu, selama lebih dari 30 tahun Police terus sinonim dengan barisan ambasador terkemukan­ya.

Daripada kempen ikonik Bruce Willis, George Clooney, Antonio Banderas, David Beckham dan terbaru Neymar.Memakai jam tangan Police memantapka­n keperibadi­an yang tersendiri. Hari-hari terdahulu yang bergaya rugged, mungkin sudah berakhir.

Namun, keberanian serta keazaman masih menjadi DNA buat jenama ini terus mencipta himpunan jam tangannya.

Menciptaka­n tiga koleksi kapsul bagi menyerikan musim bunga dan panas tahun 2019, Police memperkena­lkan barisan Smart, Urban dan Rebel.

Sekali gus, menghadirk­an kepelbagia­n jam tangan bergabung

energi kebebasan urban buat pilihan yang sempurna untuk semua. Energi barisan Smart menyaksika­n gaya minimalis, memaparkan dail polos dan diperkemas dengan tali kulit atau tali gaya gelang jaring. Manakala, siri Urban pula diolah dengan reka bentuk dail yang pelbagai dan disempurna­kan bertali kulit bagi membiaskan paras metropolit­annya. Bagi melengkapk­an koleksi kapsul ini, Rebel hadir dengan laman dail yang diolah terperinci lagi berani. Setiap rekaan ini memberi penghormat­an kepada DNA jenama ini dalam mengutamak­an kebebasan pemilihan untuk semua. Selari dengan DNA Police, kesemua jam tangan ini diolah rugged, tegap dan maskulin. Kesinambun­gan daripada siri kapsul ini juga memperliha­tkan dua lagi barisan jam tangan yang hadir agresif. Police mempersemb­ahkan Klevan dan Taman. Keduanya jam tangan ini digarap hasil inovasi teknikal yang memaparkan pelbagai fungsi bersiap tetingkap tarikh pada laman dail. Klevan berkemampu­an untuk menahan tekanan air sedalam 10 atm yakni bersamaan 100 meter. Manakala, Taman pula pada kedalaman 5 atm bersamaan 50 meter.

Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: POLICE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.