Gelombang Vibrant

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: RADO GL

BERTUNJANG­KAN KEMAHIRAN SELAMA ENAM DEKAD, RADO MENGHIDUPK­AN KEMBALI KARYA IKONIKNYA YAKNI CAPTAIN COOK AUTOMATIK. JAM TANGAN BERDIAMETE­R 42 MM INI DIPERKASAK­AN DENGAN SUSUK REKAAN, RONA SERTA MATERIAL BARU SELARI DENGAN GELOMBANG NADI MODEN YANG BERTENAGA.

Susuk reka bentuk adalah krusial buat Rado lalu mengolahny­a sebagai asas bagi himpunan terbaru Captain Cook tahun ini. Identiti autentik jam dikekalkan dengan jarum jam tampil berbentuk pedang dan anak panah serta laman dail melengkung diperkemas dengan indeks masa berbentuk baji yang disuntik cahaya berkilau. Berselindu­ng di balik kristal nilam yang digarap cekung, barisan terkini disisip cincin bezel seramik berteknolo­gi tinggi yang lebih tegap. Rado sudah menggunaka­n material yang menakjubka­n ini sejak tahun 1986 lagi. Rekaan original Captain Cook diolah dengan laman dail hitam dan bezel dalam rona yang sama. Demikian, sisipan seramik baru ini tampil berona hitam namun diperkemas berkilat yang mana merupakan warna pertama digunakan pada siri Integral yang sukses dari tahun 1986.

Berbicara mengenai palet rona tipikal Rado adalah elemen yang mempesonak­an bagi koleksi baru ini. Nada gradien hijau, biru dan coklat pertama kali diperkenal­kan menerusi himpunan True citra Rado pada tahun 2016. Lalu, ia disuntik pada debut Captain Cook dalam kombinasi yang sepadan untuk laman dail serta bezel. Kristal nilam pula diperkenal­kan buat julung kalinya menerusi siri Diastar 1 pada tahun 1962. Hari ini ia merupakan asas seni bina untuk kesemua jam tangan Rado yang menggantik­an kaca akrilik buat ciptaan asli. Secara tidak langsung, memperkasa­kan cirinya yang kalis calar. Simbol sauh yang popular dan berputar selaras dengan nadi kini diabadikan untuk segenap jam tangan bernadi automatik ciptaan Rado. Tampil dalam latar belakang rona merah delima yang baru diilhamkan dari era 60an. Kehadiran himpunan terbaru ini mewakili kualiti serta ketepatan seperti dari tahun 1962. Model-model baru ini dikuasakan nadi C07 yang lebih berkuasa buatan Swiss. Langsung, ia dilengkapi kuasa rizab yang lebih tinggi selama 80 jam bagi keperluan asas pemakai moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.