Pesta Bawah Tanah Onitsuka Tiger

DOWNTOWN RAVE MENCORAKKA­N TEMA BAGI LUNCURAN KOLEKSI ONITSUKA TIGER A/W19. DISERIKAN MELALUI VISUAL LED BERSAMA MUZIK ELEKTRONIK DI SEBUAH GUDANG LAMA YANG DIJAYAKAN DI BANGKOK.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Didorong inspirasi dari senario kelab Berlin sekitar era ‘ 90-an, pengarah kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio, mengubah sebuah gudang lama menjadi pentas bagi mannequin hidup untuk mempamerka­n garapan baru jenama ini, yang diserikan seni visual LED dipacu pula muzik elektronik membangkit­kan suasana tema Downtown Rave. Lokasinya di gudang tepi sungai, Warehouse 30, Bangkok. GLAM Lelaki mendapat undangan eksklusif menghadiri previu koleksi Onitsuka Tiger Musim Dingin 2019. Acara dihadiri lebih daripada 100 warga media juga barisan muda yang cukup bertuah kerana diberi peluang khas menatap butiran pembuatan koleksi terbaru ini. Kehadiran Andrea Pompilio sendiri turut menyemarak­kan majlis.

Gaya eksentrik yang mewarnai imej jenama Onitsuka Tiger terlihat apabila Andrea bereksperi­mentasi bebas dengan ekspresi pemuda era ‘ 90-an sekitar kelab Berlin, langsung menjadikan tempat itu seakan satu sumber informasi tentang fesyen di Eropah. Terlihat barisan pakaian yang bermain dengan perincian slogan berani bersama tampalan serta penggunaan motif megah. Suai padan helaian yang dicipta juga tampak ringkas dan lebih berunsur kontempora­ri.

Bagi penggemar sniker pula pasti koleksi terbaru ini menjadi kegilaan ramai, apabila Onitsuka Tiger memperkena­lkan sniker bertapak tebal dengan seleksi warna menawan yang dibalas dengan rona kontras, seperti penyatuan warna hitam dan kuning serta putih pada sniker Chunky Runner Lo, Chunky Runner Mt dan Chunky Slip- On yang datang berfungsi rapi. Juga penampilan logo Onitsuka Tiger hadir secara vibrant pada desain kasut Knit Trainer, Fabre BL- S 2.0 dan Rebilac Runner.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.