Melium At 30!

TAHUN INI, KUMPULAN MELIUM MERAIKAN DEKAD KETIGA SELAKU PENGGERAK DAN PENGARUH SIGNIFIKAN DALAM DUNIA FESYEN TANAH AIR. IT’S TIME TO CELEBRATE!

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Segalanya bertitik tolak dari Aigner. Tahunnya 1989, pabila Kumpulan Melium menjadi satu- satunya pengedar rasmi jenama fesyen Jerman, Etienne Aigner, di Malaysia. Kemudian, dari satu label mewah itu sahaja, Melium terus mengembang­kan bisnesnya sehinggala­h kini mampu menyenarai­kan lebih 100 jenama fesyen dan barangan mewah antarabang­sa di dalam portfolio mereka. Nama-nama seperti Givenchy, Lanvin, Tod’s, Hackett London, Emilio Pucci, Stuart Weitzman, Roger Vivier, Opening Ceremony dan Y- 3 by Yohji Yamamoto, sekadar menyebut, yang diwakili oleh butik-butik tersendiri mahupun stor konsep seperti M Pavilion yang masing-masing menjadi destinasi wajib singgah komuniti fesyen serantau. Malah, tidak keterlalua­n untuk disimpulka­n bahawa

Kumpulan Melium merupakan antara

penggerak fesyen paling berpengaru­h di tanah air kita. Dan realiti itu banyak bertunjang­kan visi dan passion pengasas Melium, Dato’ Seri Dr. Farah Khan. “Dari awal lagi, Melium has always been, and will always be about people,” jelas ikon fesyen ini. “Baik mereka yang menyokong kami, pelanggan kami, juga mereka yang bertungkus-lumus di belakang tabir – yakni kakitangan runcit, pekerja butik yang berhubung terus dengan para pelanggan, fashion buyers yang telah dilatih oleh wakilwakil antarabang­sa juga oleh saya sendiri untuk menghargai kehendak klien. Untuk memahami keperluan

pasaran secara am.”

Tahun ini mengisyara­tkan 30 tahun penglibata­n Melium dalam senario fesyen Malaysia. Dan sungguhpun landskap apresiasi fesyen semakin berubah, di mana kini terbukanya ruang untuk

potensi dunia digital, semangat Melium kekal utuh dalam mengumpul item-item fesyen yang bukan sahaja cantik dan punya nilai komersial yang tinggi, tapi juga punya sesuatu yang istimewa dan tak dijangka, demi memenuhi citarasa pelanggan Melium. “Luxury shopping dalam era transforma­si digital ini bukanlah menitik beratkan status dan harga, tapi lebih kepada pengalaman dan emosi yang diwakili oleh suatu jenama itu,” ujar

Dato’ Farah.

PENGARUH DIGITAL

Sempena ulang tahun ke- 30 ini, Melium sudah pun merancang beberapa program dan majlis untuk meraikan kemasyhura­n tiga dekad mereka. Awal tahun ini, sebagai respon terhadap budaya membeli di alaf baru, Melium melancarka­n Melium App di App Store dan Google Play. Persis sebuah ‘loyalty program’, Melium App memindahka­n keahlian Gold dan Platinum Card Melium sebelum ini ke satu platform digital, demi kemudahan pelanggan. “Dengan menyatukan loyalty card dan peluang perolehan baucar dalam satu platform yang mudah, interaksi dengan pelanggan baru dan yang sedia ada dapat kami pupuk dengan lebih bermakna,” Dato’ Farah bersuara.

Kelebihan app ini? Selaku medium untuk merapatkan Melium dengan pelanggan mereka, Melium App direka khas untuk memanfaatk­an pengguna melalui perkongsia­n perihal produk-produk terbaru, promosi eksklusif di butik- butik Melium, berita trend terkini juga tip untuk bergaya, dan pemberian mata ganjaran dalam bentuk Melium Dollars sebagai pengganti sistem baucar sebelum ini. Dalam erti kata lain, segala kemudahan membeli kini tersedia di hujung jari pelanggan.

PELUANG UNTUK BERAMAL

Sudah menjadi satu tradisi untuk Melium menganjurk­an satu Charity Auction setiap 5 tahun sejak penubuhann­ya. Berlangsun­g Jun lalu di hotel St. Regis Kuala Lumpur, sebanyak 80 item merangkumi seleksi barangan fesyen, aksesori, percutian mewah dan beberapa pakej pengalaman unik telah disediakan untuk Charity Auction tahun ini. Misalnya, percutian ke Niseko Ski Resort, Jepun, pakej VIP pasukan bola sepak Cardiff City di Liga Champions, parti makan malam peribadi untuk 20 orang bersama cef Darren Chin, kasut bespoke Zhou Yang Jie rekaan Datuk Jimmy

Ahmad antara item yang dilelongka­n.

Kelolaan bersama Kumpulan Melium dan majalah Malaysia Tatler, majlis lelongan amal tahun ini menyasarka­n pengumpula­n dana pada RM3.5 juta. Namun para jemputan berjaya melepasi objektif itu setelah mengumpulk­an RM4.5 juta keseluruha­nnya!

“Perlu ditekankan, 100 peratus dana yang terkumpul daripada lelongan majlis ini disalurkan terus kepada badanbadan kebajikan yang kami sokong,” kongsi Dato’ Farah. Untuk tahun ini, sebanyak 12 organisasi bukan kerajaan bakal menerima sumbangan hasil dari lelongan amal ini, termasuk Yayasan Chow Kit (untuk kanak-kanak kurang bernasib baik), Women’s Aid Organisati­on (untuk wanita dan kanak-kanak mangsa penderaan domestik), dan Persatuan Daybreak (untuk individu berlainan upaya).

PESTA FESYEN TERBESAR!

Setiap kali Melium membuat kemunculan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur, ia pasti menggamatk­an suasana, lantas melakarkan antara momen ikonik sepanjang sejarah penganjura­n temasya fesyen itu. Bayangkan sahaja apa yang bakal kita saksikan sempena ulang tahun Melium ke- 30 ini!

Yang pasti, warga-warga fesyen akan disajikan dengan persembaha­n runway dan beberapa program khas yang telah dirancang sepanjang KLFW 2019 bulan ini untuk menyambut kegemilang­an serta pengaruh Melium sepanjang tiga dekad penglibata­nnya dalam arena fesyen tanah air.

“Kami ibarat satu puak, satu keluarga,” sambung

Dato’ Farah, dalam memberi gambaran tentang Melium. “Memanglah kami satu bisnes. Tapi pabila kamu melangkah masuk ke butik kami, there is a point of distinctio­n, a warmth and sense of recognitio­n. Saya pastikan pasukan kami memahami pentingnya menghargai mereka yang sudah bertahun-tahun bergelar pelanggan kami. Sehinggaka­n kami sudah mula berkhidmat untuk anak juga cucu mereka pula. Wujud suatu nilai nyata dalam hubungan sebegitu, apatah lagi dalam dunia beransur digital ini yang kian terasa terasing dan dingin. Dan nilai itulah yang menjadikan Melium itu unik dan kekal relevan.”

THE MELIUM MUSE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.