KLFW Memasuki Edisi Ke-7

Warisan dan aspek kelestaria­n dalam fesyen antara tumpuan KLFW tahun ini

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Selain meraikan kreativiti yang tertanam dalam bakat-bakat fesyen tanah air, aspek warisan dan kelestaria­n dalam fesyen menjadi dua tema kukuh menjiwai Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear edisi yang ketujuh tahun ini. Pameran Thread of Heritage, berlangsun­g dari 10 hingga 25 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur, akan mempertont­onkan himpunan tekstil ikonik tanah air seperti fabrik Tenun Pahang Diraja, Songket Diraja Terengganu dan batik Kelantan dalam usaha membangkit­kan kesedaran dan apresiasi umum terhadap keindahan warisan tekstil negara. Lanjutan dari Fashion Forward Kelantan, yakni satu inisiatif yang diasaskan oleh Andrew Tan hasil daripada pertemuann­ya bersama YM Tengku (Puan) Temenggong YTM Tunku Dato’ Hajjah Nurhayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, KLFW 2019 juga akan melancarka­n Fashion Forward Batik Malaysia, satu inisiatif yang menyatukan pengusaha juga enthusiast batik serantau negara dalam misi menaikkan taraf fabrik warisan ini. Edisi KLFW kali ini memperliha­tkan 6 pereka terpilih dijemput untuk mereka persalinan kontempora­ri dengan menerapkan batik yang telah ditajakan oleh Kraftangan, peneraju batik Malaysia.Menyedari kepentinga­n aspek kelestaria­n dalam fesyen, KLFW tahun ini menjemput 13 pereka muda dari kalangan AirAsia Runway Ready Designer Search untuk menyertai Design To Sustain. Di mana mereka telah diberi elaun untuk berbelanja di kedai bundle terpilih, untuk kemudianny­a mencipta desain- desain baru daripada hasil pembelian mereka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.