Hybrid Theory

TUTURAN FESYEN LELAKI KIAN BERKEMBANG DENGAN HADIRNYA HELAIAN BERANEKA BELAHAN. SILUET SERTA SELEKSI FABRIK BERBEZA DIGABUNG MENAWARKAN RUPA BARU YANG MEMPUNYAI UNSUR BAURAN UNIK.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Sesuatu yang luar biasa apabila seorang lelaki memakai pakaian yang punya elemen potongan dua- dalam-satu. Ini kerana zahir kelakuan lelaki itu sendiri tidak gemar akan perkara yang rumit. Akan tetapi itu hanyalah kehendak masyarakat sekeliling ingin melihat sesuatu yang normal serta banal dan sukar untuk menerima sesuatu perkara mahupun trend yang baru. Musim ini pakaian berkompone­n berbeza telah dikacukkan maka lahirnya persalinan serba baru, ia dicipta demi memberi ruang kepada pemilihan pakaian lelaki untuk bereksprem­entasi dengan gaya yang serba ganjil tetapi masih kelihatan moderat.

Seperti yang terlihat di pentas fesyen musim luruh 2019. Busana buat persalinan lelaki diubah dengan memasukkan estetik berbeza tapi masih mengekalka­n unsur gabungan dua elemen juga motif yang tidak seimbang dalam satu pakaian. Bagi Olivier Rousteing, penterjema­hannya dalam persalinan Balmain memberi rupa baru ranggi apabila fabrik denim dihibridka­n bersama material kulit. Di pentas peragaan Off-White pula, garapan sut disuntik imej baru apabila penggunaan tekstil berbeza digunapaka­i menawarkan gaya sartorial chic buat para lelaki.

Reka cipta pakaian daripada dua komponen berbeza ini menegaskan bahawa trend fesyen lelaki tidak membosanka­n dan mampu berkembang ke arah diversiti yang tidak hanya tertahkluk pada satu jenis potongan sahaja. Juga, ciptaan ini membantu menaikkan seri gaya menjadikan anda memiliki fenomena karakter tersendiri lantas tampil stand out di khalayak ramai.

1. Gaya lelaki Harajuku pada musim fesyen di Tokyo, Japan. 2. Pertembung­an dua motif berbeza pada satu kemaja dari jenama streetwear Hypocrite. 3. Tripel S Balenciaga dua rona 3.

1.

2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.