Pilihan Editor

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Johan Kassim

The Rexy Remix Collection dihadirkan COACH 1941 buat peminat fesyen khususnya yang mencintai dunia seni. Koleksi baru ini menampilka­n karya seni beberapa pelukis dari China sebagai sendi ilham pada rekaan yang terkandung. Jaket hoodie material tebal bertunjang­kan gaya jalanan antara helaian terhangat. Dipadati dengan warna kuning mustard yang cukup menonjol, disempurna­kan pula monogram Coach 1941 yang diberi sentuhan stail masa kini.

SAINT LAURENT PARIS sekarang berani berfesyen. Usah hadkan penampilan diri. Maka itu, dedikasi pra-luruh 2019, serangkaia­n aksesori besi dipertaruh­kan buat lelaki yang merasakan tidak sempurna gayanya tanpa pemakaian gelang atau rantai. Musim ini, cuba fokus kepada gelang tangan ini. Selain sebagai penegas gaya, dan mengapa tidak mencorakka­n aura baru dalam personalit­i anda? The time is now! Keluarlah apa beg sekali pun, dompet tetap menjadi item keperluan. Seringnya yang klasik menjadi dambaan, namun tak salahnya sifat klasik dompet itu digabungka­n elemen warna untuk tidak mengehadka­n stail peribadi. Dompet SALVATORE FERRAGAMO ini menampilka­n dwiwarna sebagai daya penarik. Fungsi dompet diperkukuh­kan lagi dengan ruang dokumen yang ekstra juga dilengkapi ruang simpan syiling. Berita baik buat kaum lelaki! FENDI BAGUETTE dedikasi lelaki ‘debut’ di pentas lelaki FENDI sewaktu persembaha­n musim luruh/sejuk 2019. Rekaan asal oleh Silvia Venturini Fendi pada 1997 dinafaskan semula segala citra yang menjadikan­nya ikonik dulu, kini ditambah aspek maskulin pada sifatnya. Hadir dalam tiga rekaan yakni maxi, regular dan mini.

BOTTEGA VENETA memperkena­lkan The Arco Bag untuk koleksi pra-luruh 2019 yang mempertaru­hkan sifat dan budaya Milan. Inspirasi utama yakni lokasi Arco della Pace mengesanka­n reka bentuk dan penggunaan warna yang ditampilka­n sebanyak empat warna utama. Material suede menjadi sebahagian daripada rekaan terpenting, di mana ia melengkapi permukaan beg. Jinjing The Arco Bag yang

Obsesi monogram kini disahut Riccardo Tisci untuk BURBERRY memunculka­n julung kalinya koleksi BURBERRY

MONOGRAM. Yang lengkap dengan pakaian sedia pakai dan aksesori kegemaran lelaki. Sniker yang dilitupi motif monogram ikonik Burberry menyematka­n idea buat lelaki yang mahukan kesemaraka­n sisi gaya sporty, street style dan pada masa yang sama ‘in fashion’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.