Tengku Syahmi

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

ENAM TAHUN SEJAK PEMBENTUKA­N LABELNYA, TSYAHMI, PEREKA TENGKU SYAHMI MEMBUKA CERITA PERIHAL PENGALAMAN­NYA MEMULAKAN BISNES FESYEN SENDIRI SAMBIL BERKONGSI KOLABORASI BARUNYA YANG BAKAL MENYERIKAN PENTAS MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR HUJUNG BULAN INI KELAK.

Dia memang kuat gelak, eh?” pereka Tengku Mahmood. hmood. Tinggi (180cm) , tampan dan begitu natural memberi ‘pose’ di depan kamera, pabila dirakam irakam dalam lam medium dium gambar bar dilihat sebagai seorang jejaka dan serius. High fashion n lah, katakan. Di sebalik lensa kamera sangat mudah geli hati. Sungguhpun malam sudah beransur lewat, suasanauas­ana penggambar­an kami kekal bertenaga dan gamat dengan Dan pabila dia tergelak,ak, dia gelak besar. Hinggakan bergema satu studio. masa study

harapanan untuk menjadi seorang artis seni lukis,lukis,” So Hmm, maybe I can do fashion.” all the Vogues and Bazaars came into the picture, buat sesuatu, I want to know everything about it. sendsendir­i.”diri.” ready- to-wear That was quite an achieveach­ievementve­ment

“PADA MINDA SAYA YANG MENTAH, SAYA FIKIRKAN FOKUS PADA EVENING WEAR ITU KURANG PROGRESIF DARI SEGI INOVASI DAN DESAIN. SAMPAI BILA KITA NAK BUAT MERMAIDCUT ATAU BIAS-CUT JE, KAN?”

Impian sebegitu gah lahir daripada pemerhatia­n Syahmi terhadap senario fesyen lokal yang lebih tertumpu pada rekaan Michael Ong, Bernard Chandran, dan Melinda Looi baru meningkat naik – all legends and icons! Dan kebanyakan daripada mereka mencipta evening wear. Pada minda saya yang evening wear itu kurang progresif dari segi inovasi dan desain, atau fesyen secara am. Sampai bila kita nak buat mermaid-cut atau bias-cut je, kan?” “But then again, that was me observing. Tapi bila tiba masa untuk saya jalankan bisnes saya sendiri pula, it was easier said than done lah, haha. It was a big slap to my face jugalah. Dulu saya yakin saya tak akan buat gaun karpet merah, atau busana perkahwina­n sekali pun. Ceh! Nak sangat jadi macam YSL, making the change and being the change that I want to see. Tapi bila tiba realitinya, f**k! Haha.” Namun, apa salahnya menyimpan cita-cita besar umpama ikon seperti Yves Saint Laurent sekali pun? Apatah lagi jika bakat yang ada pada diri kita pun cukup besar? Sebelum graduasi lagi, Tengku Syahmi bersama rakan pengajiann­ya, Jonathan Liang telah dipilih oleh pensyarah mereka untuk menyertai M-IFW (Malaysian Internatio­nal Fashion Week) 10 Rising Stars 2009. Di majlis itu, kedua-dua bakat muda ini telah dianugerah­kan Most Promising Designer 2009 oleh Persekutua­n Fesyen Antarabang­sa Malaysia (MIFA). “Saya sedar saya cukup bernasib baik,” jelas Syahmi. “Mendapat sokongan daripada ibu bapa, dan kehidupan kolej pun cukup enjoy – boleh bayangkan tak saya gelak je memanjang di MIFA pula sebagai batu lonjatan kerjaya saya... ramai yang mempercaya­i bakat saya dan memberi peluang kepada saya untuk berkembang. So I feel like I got it easy. Amin. Sampai bilabila pun saya bersyukur.”

PERMULAAN BISNES SENDIRI

Pertama kali aku mengenali Tengku Syahmi adalah sekitar Fried Chillies Food Network, yang ditayangka­n di HyppTV. Syahmi berkerja di jabatan kostum dan tatagaya di bawah arahan rakan kami, Jiman Casablanca­s, manakala aku pula telah menyumbang­kan skrip untuk episod ke-9 siri tersebut. Sebelum itu, Syahmi dan rakannya Jonathan Liang bertugas selaku pereka utama untuk Ultra, jenama fesyen wanita yang diasaskan oleh Tengku Chanela Jamidah dan Anita Hawkins pada tahun 2010, yang berkonsepk­an fesyen mewah yang menggunaka­n sustainabl­e materials. Namun, mereka akhirnya membawa hala tuju masing-masing dan Tengku Syahmi membuat keputusan untuk membuat kerja-kerja freelance selama dua tahun untuk menerokai aspek-aspek lain dalam fesyen seperti penataan gaya dan syuting produksi. Pada masa itulah tercetusny­a idea untuk membuka labelnya sendiri. lagi juga menjadi rakan kerja saya di Ultra, banyak membantu saya dalam hal pengurusan kerja saya ketika itu,” ujar Syahmi. “Dialah yang cadangkan, ‘Bukalah brand sendiri... but don’t use your name yet. Tsyahmi.”

Diasaskan pada April 2013, Syahmi dan Natalie melihat Tsyahmi sebagai platform untuk membolehka­n mereka bereksperi­men dengan desain, bukan saja untuk mereka cipta fesyen, tapi juga untuk eksplorasi idea dan branding. Kedudukan label Tsyahmi menjadi semakin kukuh apabila mereka memenangi Fashion Pitch 2, satu inisiatif anjuran syarikat modal teroka milik kerajaan, MyCreative Ventures, yang menganuger­ahkan dana dan pinjaman kepada suatu syarikat fesyen untuk mengembang­kan bisnes mereka. “Kami berlatih setiap malam untuk presentati­on kami – cuak gila!” Syahmi berkongsi dengan penuh animasi. “Dan Tsyahmi hari ini masih kekal sama dengan Tsyahmi yang kami bentangkan kepada MyCreative Ventures. Satu jenama fesyen yang fokus pada rekaan yang boleh kekal hingga bila-bila masa, yang tidak dimamah musim. Mencipta gerobok fesyen untuk lelaki dan wanita moden.” Sungguhpun hajat asal Tsyahmi ialah untuk menghasilk­an koleksi ready-to-wear – seperti yang diilhamkan oleh mendiang Yves Saint Laurent – model bisnes Tsyahmi kini lebih tertumpu pada khidmat bespoke dan made-to-measure. “Memanglah dulu nak fokus pada ready-to-wear tapi setelah mencuba untuk beberapa musim, perkembang­annya agak perlahan dan kurang menjanakan untung. Bukan satu model bisnes yang munasabah,” jelas Syahmi. “Lagipun, bila dah mula bisnes sendiri, barulah saya faham mengapa ramai perekapere­ka sedia ada tertumpu pada busana perkahwina­n – kerana permintaan­nya tak putus-putus! Haha.” Berbanding konsep ready-to-wear, fesyen bespoke dan made-to-measure jauh lebih menguntung­kan. “Jika dikirakan, hasil daripada made-to-measure misalnya lebih tinggi per client. Kerana kerjanya lebih rumit, dengan perincian dan rekaan yang lebih personal. Lagipun, banyak jenama lain – yang bukan berlandask­an pereka pun – telah ‘membunuh’ pasaran readyto-wear. Samada mereka membeli stok sedia ada dari Bangkok misalnya, dan jual sebagai jenama sendiri. Ataupun wujudnya jenama antarabang­sa seperti Zara yang boleh mengeluark­an stok baru dalam masa hanya dua minggu. Dan harga ready-towear kami sama dengan harga di Zara, tapi macam mana kami nak compete?” Setiap dugaan dan cabaran yang dialaminya dalam perniagaan fesyen ini telah membantu Syahmi untuk menganalis­a dirinya sendiri, untuk belajar mengadapta­sikan diri mengikut situasi. “Kadang-kadang memang mematahkan hati, haha, tapi apa yang saya pelajari dan proses untuk bangkit dan membesar dari suatu masalah itu, itu semua pengalaman yang tinggi nilainya. Priceless.” Tahun lalu, Tsyahmi telah melancarka­n jenama T by Tsyahmi, satu koleksi ready-to-wear khusus lelaki, yang dimulakan sebagai satu eksperimen untuk meneliti keberkesan­an koleksi RTW di kalangan lelaki. “Kami dapati konsumer lelaki suka pada pilihan fabrik dan potongan kami tapi mereka hanya sanggup berbelanja pada tanda harga tertentu,” terang Syahmi. “Menjadi satu cabaran untuk meyakinkan mereka untuk menjadi pembeli. Namun, yang positifnya, bagi kaum lelaki, once you get them to like you, they’ll come back and keep on buying. Buat masa ini, ia masih terasa bagai satu bisnes yang niche. Sekurang-kurangnya saya dah cuba sebelum orang lain cuba dulu, haha.”

EKSPLORASI BUDAYA

Selain daripada mencipta busana melalui servis bepoke dan made-to-measure, Tsyahmi juga banyak terlibat dalam projekproj­ek penataan gaya untuk beberapa produksi tempatan seperti kempen jenama dan iklan TV. Sesuatu yang dipelajari­nya daripada pengalaman produksi I Eat KL dulu. Pada awal tahun ini, buat julung kalinya, Tsyahmi telah diamanahka­n untuk “Rakan kami, Emir Ezwan merupakan pengarah untuk video-video kempen Tsyahmi sebelum ini,” jelas Syahmi. “Dan pertamanya, satu cerita seram diberi judul Roh yang mungkin akan ditayangka­n sebelum hujung tahun ini.” Filem itu berlatar belakangka­n Tanah Melayu era 1900-an, jadi Syahmi pun mula membuat kajian tentang persalinan zaman itu. “Di zaman itu, kita masih di bawah jajahan British, jadi pakaian kita banyak dipengaruh­i unsur tailoring,” Syahmi berkongsi hasil kajiannya. “Seperti jaket luar daripada kain linen bertekstur, dipakai dengan baju cekak musang dan yang kita biasa jolokkan seluar ‘banjir’. Desain yang punya aspek pahlawan dan elemen nusantara. Dan kebanyakan kain pelikat yang dipakai pada zaman itu adalah yang bercorak kotak-kotak besar dan bergaris tebal, yang tak kami jumpa pun di sini. Jadi, kami merantau sampai ke Pulau Pinang untuk mencari fabrik yang betul.”

“KEKADANG MEMANG MEMATAHKAN HATI TAPI APA YANG SAYA PELAJARI DARI SUATU MASALAH ITU, IA PENGALAMAN YANG TINGGI NILAINYA.”

haha. Rekaannya tak terlalu tradisiona­l, dan tak terlalu moden. Penuh art department, juga lighting, inisiatif Biji-Biji, yakni satu perusahaan sosial yang memperjuan­gkan pendekatan sustainabi­lity dalam aspek koleksi Tsyahmi x Biji-Biji ini akan dicipta “This is 60 years worth of archive. Pertama kali melihat material-material ni di gudang Biji-Biji di kepada orang lain, I would be so upset.” sudah meninggal dunia, maka segala urusan sekadar dipampang untuk tontonan ramai. “She was so overjoyed Setiap panel telah dipotong dan dicorakkan mahu setakat potong kain ni sesuka hati untuk mereka sesuatu. That’s the easy way out. Dalam mereka koleksi Tsyahmi x Biji-Biji, Tengku Syahmi juga “I’ve always had this fascinatio­n with clothing as armour for people,” ujar Syahmi. how you carry it.

“PERTAMA KALI MELIHAT MATERIALMA­TERIAL NI DI GUDANG BIJI-BIJI DI KLANG, SAYA JADI SANGAT TERUJA! SAMPAI TERASA KALAU KOLABORASI NI TAK JADI ATAU DISERAHKAN KEPADA ORANG LAIN, I WOULD BE SO UPSET. HAHA.”

Maka idea pakaian pahlawan menggunaka­n fabrik kimono sambil meraikan rekaan nusantara akan menjadi asas koleksi istimewa ini. Paduan budaya dalam koleksi ini – antara yang Jepun dan yang Nusantara – bagaikan satu ‘match made in heaven’, kerana selari dengan manifesto Biji-Biji, orang Jepun pun tidak suka membazir. “Kimono itu sendiri direka supaya boleh dimuatkan pada si pemakai tanpa mengira saiz badan, tanpa perlu membazir fabrik,” kongsi Syahmi. “Biji-Biji embraces upcyling, jadi kami usaha untuk tidak membazir dalam rekaan kami. Kami cuba untuk terapkan beberapa desain Tsyahmi daripada koleksi-koleksi lama menjadi baru semula dengan material-material ini. Bermain dengan konsep budaya Jepun yang diterjemah­kan kepada konsep pahlawan nusantara melalui estetik Tsyahmi.” Sebanyak 12 persalinan untuk lelaki dan wanita akan dibentangk­an di KLFW 2019 kelak. Dan setiap rekaan itu adalah one-off kerana ia bukan daripada kain gulung tapi daripada kain yang dikhaskan untuk sesuatu kimono. “Jadi setiap rekaan itu nanti akan dijual sebagai one-off samples, tapi kami juga akan menerima tempahan made-to-measure kerana masih banyak material dalam bekalan kami. Dan anda boleh pilih kain mana yang anda suka.” Syahmi amat berharap pendedahan di KLFW boleh memperkena­lkan orang ramai kepada inisiatif Biji-Biji. “Kontrak saya dengan mereka untuk setahun tapi macam sayang kalau kolaborasi kami sampai KLFW saja,” akui Syahmi. “Because I really love what they’re doing. Tengok macam mana, kami ada beberapa idea lain berkaitan cara untuk meraikan lagi kolaborasi ini.” MASIH BERDIRI Syahmi akui sungguhpun dia amat teruja dengan potensi kolaborasi dengan Biji-Biji ini, dia harus berhati-hati supaya tidak terbawa-bawa dengan proses kreatif projek ini. Sebab Minggu Fesyen Kuala Lumpur semakin hampir dan deadline harus dicapai. “Kalau ikutkan, dalam otak ni macam-macam idea dan eksperimen ingin saya cuba, tapi saya kena berdisispl­in!” kata Syahmi. “Kalau tak, sampai bila tak siap.” Sudah pasti tuntutan untuk mereka satu koleksi itu besar tanggungja­wabnya, dan besar lagi harapannya. Adakah Syahmi mudah stres memikirkan respon umum terhadap suatu koleksinya? sahut Syahmi. “Kerana saya tahu hanya seorang je yang boleh menghancur­kan koleksi itu, iaitu saya sendiri. Jadi, as long as saya sendiri puas dengan koleksi rekaan saya, cukuplah. It’s not for everyone pun, kan? Saya dah rasa cukup bernasib baik saya ada platform untuk melakukan apa yang saya suka. Tapi, kalau ada orang nak beli, belilah, haha.” Apakah cabaran terbesar dalam kerjaya Syahmi setakat ini?, aku bertanya. “Probably, dealing with myself haha,” dia berseloroh di sebalik kebenaran. “Kadang-kadang kita lalui pelbagai situasi yang boleh mempengaru­hi kita secara personal mahu pun profesiona­l. Keadaan begitu amat mencabar bagi saya kerana you are your own worst critic. Overanalys­ing, overcritic­ising, rasa macam diri kita tak cukup bagus, tak cukup aktif berbanding rakan-rakan industri yang lain... stres sebegitu. Memang ada masa terasa tidak bermotivas­i, dan itulah pentingnya ada support system yang kuat. Seperti rakan perniagaan saya, Natalie, who will say it as it is. Dan keluarga saya. Kita perlu orang macam tu kerana lebih baik kita dengar leteran daripada mereka daripada orang lain, kan?” Baru-baru ini Tsyahmi diberi peluang untuk menata gaya kempen Tom Ford Beauty. Dan di antara projek terdekat untuk Tsyahmi termasuk mereka uniform baru untuk Pengarah Jualan Mary Kay, lanjutan daripada rekaan beg Starter Kit Mary Kay yang mendapat sambutan hangat tahun lalu. Jika dikirakan, pejam celik, pejam celik, sudah masuk tahun keenam sejak penubuhan label Tsyahmi. “Saya rasa cukup bertuah kerana kami masih dilihat secara positif oleh industri ini, yang masih punya keyakinan untuk memberi kami kerjakerja kreatif. Dan selepas enam tahun, Tsyahmi ada lagi, haha. Alhamdulil­lah.”

“PAKAIAN BUKAN SAJA SEBAGAI ‘ARMOUR’ SECARA LITERAL, TAPI SEBAGAI MEDIUM UNTUK KITA PERSEMBAHK­AN DIRI KITA ATAU CIPTA PERSEPSI ORANG LUAR TERHADAP KITA.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.