Debaran Hari Pertama

SUDAH TIBA MASANYA ANAKANAK MULA MASUK NURSERY – APA PERASAAN SI AYAH?

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Hari aku siapkan column ini adalah hari pertama anak- anak aku masuk nursery. Cadang nak tulis cerita lain tapi sebab hati yang galau, aku nak cerita apa yang ada dalam hati dan kepala aku sekarang ni. Dua tahun setengah yang lalu, masa Noah umur 6 bulan, kami hantar dia ke nursery. Tak jauh, depan rumah je. Aku rasa ada aku pernah tulis beberapa kali pasal nursery ni.

Sekejap je dapat hantar dia ke nursery tu sebab dia asyik sakit. Sihat kejap, pergi nursery, balik sakit seminggu. Sihat balik kejap, sakit balik lagi seminggu dua. Tinggal tak masuk hospital je.

Daripada badan bersemanga­t sampai dah nampak tulang. Daripada seorang baby yang ceria, dia dah jadi pendiam dan clingy nak mampus. Clingy tu okey lagi tapi bila tengok anak kau dah tak ceria, pergi nursery menangis, muka dah hilang seri, murung je, pasti kau rasa tak sedap hati. Aku

kena depression.

Bini aku kata, mana logik budak kecil depressed. Dia orang mana kenal stres tapi itu apa yang aku nampak. Gaya dia tu dah macam gaya orang dewasa yang stres. Diam je dengan muka sedih. Tak ke kau jadi sedih tengok anak kau sedih? Nak pula dia tak reti nak cakap lagi, macam mana kau nak tolong dia, kan?

misery. Selepas beberapa ketika, hidup kembali normal. Sakit dan demam ada tapi tak ada lah sekerap sebelum itu. Nursery tu pun kami perhati semakin hari semakin tak terurus. Baru-baru ni kami perasan dah tinggal seorang je penjaga. Budak-budak masih ramai cuma tak seramai dulu. Nampak macam dah berubah konsep ke tempat transit,

aku buat

rupanya nursery tu tak berdaftar. Kalau dah tak berdaftar ni susah sikit, pihak berkuasa tak boleh buat pemantauan. Kalau apaapa jadi, ibu bapa budaklah yang susah.

Jadi kali ini, kami cari betulbetul, dalam- dalam. Siap pergi melawat kawasan lagi. Bila puas hati, baru decide. Dan hari ini adalah harinya.

Aku tak terlibat hantar anak sebab aku kerja jauh, so kena keluar awal. aku je yang hantar. Dia kata ada drama juga tadi tapi manageable. Ya lah, Noah pun dah 3 tahun, Aniq pula kecil lagi untuk faham.

We are more Dah ada nama, banyak cawangan, yang penting berdaftar dengan pihak berkuasa. Keadaan rumah pun bersih. Ada nisbah bilangan cikgu dengan budak yang balanced. tingkat atas, yang besar-besar, duduk bawah. Kalau tempat lama tu, semua duduk sama- sama. So yang kecil duk mengengsot, merangkak, di langkah-langkah je oleh abang dan kakak yang dah besar. Seram oiii bila dibayangka­n!

Nursery yang baru ni ada aktiviti sebelah pagi. Sebelah petang adalah masa untuk lepak dan tidur. petang ni je aku tak berapa berkenan. Boleh ke anak aku duk diam melepak dan tidur? Tapi tak apa, kita bagi sebulan, tengok macam mana perkembang­an budak-budak berdua tu.

Walaupun kami dah dan melawat kawasan tapi hati ni berdebar juga. Risau je sepanjang hari. Cumanya yang menggusark­an adalah mampu ke anak- anak aku ikut rentak nursery?

Dia orang dah biasa bebas, tak ada jadual. Nak pula cucu bongsu, semua manja, dapat perhatian daripada semua orang. Dekat nursery dengan siapa je kau nak mengadu? Ada cikgu je lah, itu pun kalau cikgu tu nak ‘ambil port’.

Itu belum kira lagi dia boleh masuk ke tidak dengan kawankawan kat situ. Tengok Noah tu gaya suka berkawan dan senang nak berkawan, jadi harap sangatlah dia tak ada masalah nak buat kawan kat nursery tu. Jangan nanti dari kawan jadi buat geng sudah, haha.

Aduhai, banyak mak ayah macam paranoid pula tapi tetaplah kau tak boleh lari dari memikirkan segala sebab dan akibat. Macammacam harapan yang kau letakkan walaupun berulang kali kau ingatkan diri kau supaya jangan meletakkan harapan.

apa yang kita ada hanyalah doa. Minta supaya segalanya dipermudah­kan dan anak-anak dilindungi sentiasa. Kemudian kita tawakal dan sekaliseka­la, pantau nursery tu.

Okey dah pukul 5, nak balik dan ambil anak!

“WALAUPUN KAMI DAH RESEARCH DAN LAWAT KAWASAN TAPI HATI NI BERDEBAR JUGA. RISAU JE SEPANJANG HARI. YANG MENGGUSARK­AN ADALAH, MAMPU KE ANAK-ANAK AKU IKUT RENTAK NURSERY?”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.