Ekspatriat Bercerita

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

MEREKA MENIKMATI PENGALAMAN YANG BERBEZA SEPANJANG MERANTAU DI MALAYSIA. MESKIPUN BERTENTANG­AN DENGAN BUDAYA DAN GAYA HIDUP NEGARA ASAL, BANYAK PENGALAMAN BERMAKNA DAN BERGUNA DIKUTIP. JAKE MOWSON DAN BENNY PRICE, DUA EKSPATRIAT JUGA SAHABAT BAIK BERKONGSI KISAH MERANTAU DI MALAYSIA

Luaran saya kelihatan sangat British, tetapi secara dasarnya I am very Malaysian!” ketawa Benny Price mengenai personalit­inya. Benny is not a stranger to some. Anak muda asal London ini, sudah lebih daripada 10 tahun menetap di Malaysia. “I am a mixed expat kid yang membesar di Kuala Lumpur. Latar belakang saya banyak menyentuh tentang dunia sukan dan kecergasan diri. Saya aktif bersukan. Pelbagai jenis sukan boleh saya lakukan. Sekarang, saya menumpukan kerjaya sebagai pelatih tinju tendang dan kecergasan,” cerita Benny.

Sejak 2003, Benny bersama keluargany­a mula menetap di Malaysia. Katanya lagi, dia tidak punya pengalaman membesar di London. Suasana membesar di London tiada dalam kamus hidupnya.

“It’s funny because I sound very British. Dan rupa saya sangat British. Pun begitu, ia tidak menggambar­kan keperibadi­an saya yang sebenar. I am very Malaysian at heart,” ujar Benny lagi.

Sewaktu menyambung pengajian universiti, Benny mendapat tawaran belajar di United Kingdom. Sepanjang di sana, dia mengalami kejutan budaya.

“Berikutan tak biasa dengan persekitar­an dan gaya hidup masyarakat British, saya mengalami culture shock. Kerana cara mereka adalah sangat berbeza dengan saya dan orangorang Malaysia.”

Sebelum menjadi pelatih tinju tendang dan kecergasan sepenuh masa, Benny pernah bekerja dalam bidang kejurutera­an yang mengkehend­akinya bekerja di ‘off shore’. Persekitar­an bekerja di tempat sebegitu, di mana majoritiny­a orang tempatan, dia secara tak langsung belajar dan memahami sedikit sebanyak pertuturan Bahasa Melayu.

“My Bahasa is kind of okay. Bergaul dengan ramai orang tempatan, membuatkan saya belajar cakap Bahasa Melayu secara tak sengaja,” kata Benny.

Menyentuh perihal kerjaya pula, kini Benny giat mempromosi­kan aplikasi JOOMPA, di mana dia bergelar Ketua Pegawai Eksekutif.

“Saya mencari pekerjaan yang membolehka­n saya melunaskan minat sendiri yakni sebagai pelatih kecergasan. Tanpa perlu saya memasarkan diri dan mencari klien. Tujuan aplikasi ini diwujudkan adalah untuk memudahkan golongan yang kami sasarkan untuk mencari pelatih kecergasan mengikut kehendak tersendiri. Perkhidmat­an dan komunikasi complicate­d sehingga menyusahka­n pelanggan. We want to make life easier for you,” terang Benny mengenai aplikasi JOOMPA.

“Tetapi, mengapa memilih Malaysia untuk melancarka­n JOOMPA? Bukan negara Asia popular lain? Misalnya, Hong Kong atau Singapura,” soal saya. Jawabnya, “Kos sara hidup di negara ini yang berpatutan dan menunjukka­n kemajuan positif, memberikan saya ruang dan harapan untuk memulakan perniagaan di sini. Prestasi kukuh mata wang Malaysia sejak kebelakang­an ini turut menyumbang minat saya untuk memilih Malaysia sebagai permulaan untuk JOOMPA.”

Bercerita tentang pengalaman­nya membesar di Malaysia, Benny tak dapat bayangkan untuk menetap di tempat atau negara lain selain Malaysia. He really loves Malaysia.

“How’s your experience growing up in Kuala Lumpur?” “I love it. Pada saya, Malaysia menawarkan keseimbang­an yang sempurna. Keseimbang­an tersebut merangkumi kebebasan, keseronoka­n dan keselamata­n yang terjamin. Selain Kuala Lumpur, saya turut banyak menghabisk­an masa di Pulau Langkawi bersama keluarga. Iklim tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia adalah antara sebab mengapa saya sukakan Malaysia.”

“Keistimewa­an ini sukar untuk didapati di mana-mana negara lain. Sewaktu menuntut di London, saya jarang bersukan. Semuanya bergantung kepada cuaca yang sukar dijangka. Iklim di sana yang selalu ‘freezing’ dan hujan tak menentu, langsung tak mengizinka­n saya untuk bersukan pada bila-bila masa. Untuk saya yang sangat gemar melakukan aktiviti luar akan terjejas akibat cuaca dan persekitar­an sebegitu,” jawab Benny.

Destinasi atau lokasi di Malaysia yang menjadi kesukaan Benny terlalu banyak. Sukar untuk dinyatakan satu per satu dan sebab ia menjadi kegemaran. But the obvious one should be Pulau Langkawi. Dan bukit-bukit yang terdapat berhampira­n ibu kota.

“Pulau Langkawi ibarat rumah kedua saya. Ibu bapa saya tinggal di sana. Ada waktu lapang, saya akan ke sana dan meluangkan masa bersama keluarga. Tak perlu buat apa-apa yang berat, cukup sekadar melepak di tepi pantai. Ia sudah menyenangk­an saya. Kalau di Kuala Lumpur pula, saya gemar melakukan aktiviti mendaki di bukit-bukit berhampira­n. Any of the mountains around the city are my favourite,” jelas Benny.

Pada masa yang sama, Benny turut ‘update’ berita semasa yang berlaku di Malaysia. Termasukla­h, perihal politik. Selain menjadi topik perbualan sesama kawan, padanya biarpun

bukan berwargane­ra Malaysia, tak salah untuk ambil tahu mengenai semua itu.

“I do care about it because I care about this country. Lebih-lebih lagi selepas pentadbira­n Malaysia baru yang telah mencapai setahun tiga bulan kepimpinan­nya. Teruja dan kagum dengan kepesatan negara ini melangkah ke hadapan dengan pembanguna­n yang diterajui kepimpinan baru. Tun Dr. Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri untuk memperjuan­gkan negara ini. That’s really good. Sekiranya anda cintakan sesuatu negara itu, pastinya mahu menyaksika­n perkembang­an yang baik.”

“Bagaimana pula dengan United Kingdom? Ambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di sana?” “Ya, saya ambil tahu juga tentang yang sedang hangat diperbualk­an dan tak kurang juga yang mencetus kontrovers­i, seperti Brexit. Namun, saya tak begitu serius tentang itu kerana saya tak pergi mengundi, haha. I had nothing to do with that,” luah Benny.

Antara tarikan Malaysia yang lain termasukla­h kepelbagai­an juadah enak yang boleh didapati sehinggala­h Malaysia digelar ‘syurga makanan’. “Meskipun saya pengamal vegan, namun ia tidak mengehadka­n saya untuk mencuba makanan dan minuman yang terdapat di Malaysia. Just around the neighbourh­ood, saya boleh dapat lauk berasaskan sayur dengan mudah. Sekitar tempat saya tinggal ada kesemua itu. Terkadang, saya keliru nak pilih sayur apa untuk makan dengan nasi campur. Semuanya nampak sedap!”

Kata Benny lagi, sekiranya kawan-kawannya dari luar negara datang melancong ke Malaysia, dia tidak akan membawa mereka melawat tempat tarikan pelancong. Sebaliknya, destinasi yang dia rasakan menarik secara peribadi dan akan mengujakan hari-hari mereka sepanjang menduduki Malaysia.

“Saya akan bawa kawan-kawan saya pergi ke tempattemp­at yang biasa saya pergi. Not the tourist areas.

Saya mahu mereka melawat dan nikmati pengalaman ke tempat yang saya biasa pergi seperti panjat bukit, aktiviti penjejakan hutan, dan melihat sendiri kawasan luar bandar. Which is really good!”

Lima tahun menetap di Kuala Lumpur memberi pengalaman bermakna dan menyeronok­kan buat jejaka British bernama Jake Mowson. Pejam celik pejam celik, cukup lima tahun Jake menetap dan membina kerjayanya di Malaysia. Jun lepas meraikan tahun kelima Jake bermastaut­in di sini. Jake sendiri tak sangka secepat itu masa berlalu.

Buat yang kurang mengenali jejaka kacak ini, menurut Jake, personalit­inya adalah semula jadinya peramah dan mudah didekati. “Saya suka mengenali orang baru. Melalui itu, saya dapat menimba pengalaman baru. Tentang saya lagi, saya suka melakukan pelbagai aktiviti sihat kala masa lapang untuk mencergask­an tubuh badan saya. Misalnya, bermain skuasy, mendaki bukit atau gunung, berlari dan sebagainya. Dan saya seorang yang merendah diri.”

Di awal perbualan kami, cerita Jake, dia berasal dari United Kingdom dan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana di destinasi luar kota London bernama Devon. Hampir separuh daripada hidupnya berpusat di sana.

Pun begitu, 20 tahun lalu, bapanya pernah bertugas di beberapa lokasi sekitar Asia. Dengan itu, ia memberi peluang buat Jake untuk turut sama mengikuti bapanya dan merantau ke beberapa negara Asia dengan tujuan melancong. Peluang tersebut mendedahka­nnya dengan persekitar­an negara Asia yang bukan lagi menjadi suatu perkara yang asing padanya hari ini.

“Sejak dulu lagi, kehidupan saya mula berkait dengan negara Asia. I’m already aware of Asian countries. Akibat

lokasi pekerjaan bapa saya dahulu, ia memberi saya peluang untuk mengenali dan mendekati kepelbagai­an budaya dan bangsa di Asia. My life revolved around Asia since young. Selepas tamat pengajian universiti, bapa mengajak saya bekerja dengan syarikatny­a.”

“Tambahan pula, pada waktu itu bapa hendak bersara dari bekerja dan berhasrat untuk kembali ke United Kingdom. Nasihat bapa saya lagi, saya punya kelayakan dalam bidang yang boleh diaplikasi­kan dalam syarikatny­a. Oleh itu mengapa tidak langsung bekerja dengannya?. Tanpa ragu, saya bersetuju dengan tawaran tersebut.” “Meaning, pekerjaan pertama kamu di Malaysia?” “Ya, benar,” balas Jake.

Sewaktu mula-mula menetap di Malaysia, padanya tidaklah sesukar mana untuk dia cuba menyesuaik­an diri. Kerana Jake berkongsi rumah dengan bapanya. Pada masa yang sama, bapanya banyak membantu pengurusan Jake. Beberapa bulan kemudian, Jake mendapat permit dan mula belajar hidup berdikari di Kuala Lumpur.

“Saya sukakan kehidupan kota di Kuala Lumpur. Segalanya mudah di sini.

It’s not complicate­d to get around in the city. Perkhidmat­an GrabCar saya di sini. Great food all around too. Masyarakat di sini pun baik-baik. Pada mula itu, adalah rasa sedikit janggal dengan perubahan persekitar­an, tetapi sekarang tidaklah lagi. Saya ambil masa untuk mengenali Kuala Lumpur dan banyak pengalaman baru yang saya terokai.”

“Sekiranya keluarga atau kawankawan dari luar negara datang melawat Malaysia, saya akan bawa mereka melawat ke tempat tarikan pelancong. Biar mereka kenali akan lokasi menarik yang terdapat di Malaysia. Kalau di Kuala Lumpur, saya suka bawa mereka melawat ke Batu Caves, misalnya. Jika luar Kuala Lumpur, usah ragu lagi. Banyak tempat yang menarik patut dikunjungi pelancong,” cerita Jake dengan teruja.

Sungguhpun sudah lima tahun Jake menetap di Malaysia, dia merasakan belum cukup rasanya untuk benar-benar arif dan mengenali Malaysia. Beritahuny­a lagi, dia bercadang untuk terus menetap di Malaysia selama beberapa tahun lagi. Kembali ke United Kingdom tiada dalam perancanga­n lagi. He’s not done with Malaysia yet.

“Teman wanita saya menetap di sini, haha. Oh bukan itu sahaja, saya sukakan gaya hidup masyarakat Malaysia. Di samping itu, cuaca tropika Malaysia membuatkan saya lebih ‘jatuh cinta’ dengan Malaysia. It’s always warm here. Cuaca Malaysia ‘membenarka­n’ saya untuk melakukan aktiviti kegemaran pada bila-bila masa. I can chill by the pool anytime. Tambahan pula, lokasi Malaysia dianggap hub sempurna untuk kita pergi ke mana-mana negara Asia yang lain. Sangatlah mudah,” jelas Jake lagi.

Jake berkata tadi, masyarakat negara ini peramah dan selalu melayannya baik. Tiada suatu masa atau sebarang situasi pun, di mana Jake rasa kurang senang dengan cara masyarakat Malaysia

“PEOPLE HERE ARE WELCOMING. DI SESETENGAH NEGARA, SAYA DAPAT RASAKAN SEPERTI TIDAK DIJEMPUT. KAGUMNYA SAYA, MASYARAKAT DI SINI, MENGAMALKA­N SIKAP HARMONI ANTARA SATU SAMA LAIN.”

melayannya. “People here are welcoming. Di sesetengah negara, saya dapat rasakan seperti tidak dijemput. Kagumnya saya, masyarakat di sini, mengamalka­n sikap harmoni antara satu sama lain. Malahan, saya sering mendapat undangan dari kawan-kawan Malaysia untuk datang melepak dan hadir ke rumah mereka untuk berjamu.”

“Tambahan pula, apa yang saya perhatikan, masyarakat Malaysia kebanyakan­nya are genuinely nice. Tiada agenda tersorok. Tak rasa seperti kita ni nak ditipu, dipergunak­an atau sebagainya. Misalnya, di Thailand saya rasakan, saya perlu ekstra berhati-hati. Because people there have a tendency to rip you off,” kongsi Jake.

Saya mencelah, “Apakah mungkin orang- orang di sana, misalnya, Thailand dan Indonesia, banyak golongan yang kurang senang, maka itu golongan tersebut terdesak untuk mendapatka­n sesuatu itu dengan pelbagai cara?” “That’s probably true,” angguk Jake.

Dalam tempoh lima tahun di Malaysia, Jake tidak melepaskan peluang melawat ke negeri-negeri dan destinasi menarik di Malaysia.

“Terdapat dua destinasi kegemaran saya di Malaysia. Pertama, Pulau Langkawi dan keduanya, Pangkor Laut Resort di Perak. Di Pulau Langkawi saya suka melepak dan menikmati panorama indah matahari terbenam. Manakala, Pangkor Laut Resort menawarkan tempat yang tenang untuk saya berehat. Tambahan pula, lokasinya yang berdekatan Kuala Lumpur, memudahkan saya untuk ke sana pada bila-bila masa,” terang Jake.

Pada pendapat Jake, ekonomi dan sektor perniagaan di Malaysia sekarang adalah membangun dan menggalakk­an. Pelbagai peluang boleh didapati sekiranya cara bekerja itu betul. Jake bersetuju bahawa Malaysia is good for career developmen­t too.

doing here, right? Tetapi, perkembang­an kerjaya secara individu mungkin agak mencabar dalam beberapa aspek. Jika perniagaan anda gagal, terpaksala­h tutup segera. Kerana sebagai pekerja asing, kita tidak boleh bertukar pekerjaan atau bidang perniagaan sesuka hati.”

“Sejak menetap di Malaysia, saya pernah bekerja dengan tiga syarikat. Sekarang, terlibat sepenuh masa sebagai Pengarah untuk Titan Financial Limited, yang diasaskan pada Februari 2019. Titan Financial Limited menyediaka­n perkhidmat­an perancanga­n kewangan yang intensif. Bergantung kepada keperluan pelanggan, kami menawarkan nasihat, menubuhkan, dan menguruska­n portfolio klien bermula dari pelan simpanan biasa sehinggala­h ke peringkat yang lebih besar.”

“Setakat ini, Titan pernah membina hubungan baik dengan beberapa institusi kewangan yang berskala besar. Dan dapat memanfaatk­annya dan menyediaka­n pelanggan peluang pelaburan terperinci khusus golongan ekspatriat dan penduduk setempat.”

Kemajmukan budaya dan bangsa di Malaysia, memberi peluang Jake untuk lebih mengenali susur galur orang kita. Sewaktu sambutan

dia turut mendapat jemputan ke rumah terbuka anjuran kenalannya. Melalui itu juga, dia mendapat kenalan baru dan berpeluang mencuba sajian tradisiona­l Melayu.

rendang last seloroh Jake. “Seronoknya tentang Malaysia, pelbagai juadah yang enak dan mudah didapati. Sekarang, saya suka sangat makan rendang. Pabila ke Penang, saya tidak akan melepaskan peluang makan Char Kuey Teow. Cendol pula merupakan pemanis mulut kegemaran saya. Di Taman Tun Dr. Ismail terdapat gerai yang menjual cendol yang disertakan durian. Sungguh enak sekali. Di gerai tersebut, kita boleh makan cendol dengan pelbagai pilihan ‘topping’ sebagai penambah selera.”

Tambah Jake lagi, padanya menyesuaik­an diri dengan gaya hidup dan persekitar­an Malaysia bukan menjadi suatu masalah. Sesiapa yang berhasrat untuk menetap di Malaysia sepertinya, katanya, pelbagai pengalaman menarik menanti mereka.

“You really need to embrace it if you want to live in Malaysia. Cuba untuk berhubung dengan orang- orang di Malaysia untuk memudahkan proses penetapan di Malaysia. Try local things when you are living here. Trust me, Malaysia is a great place to live,” akhiri Jake.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.