Sentuhan Tin Aesop

SEJARAH SELANGOR SEBAGAI PENGUSAHA TIMAH TERMASYHUR MENJADI INPIRASI UNTUK REKA BENTUK DALAMAN STOR AESOP TERBARU

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Satu keunikan juga kelebihan pada jenama penjagaan kulit, Aesop, terletak pada reka bentuk dalaman butik-butiknya. Setiap cawangan Aesop punya reka bentuk tersendiri, yang punya ceritanya sendiri, langsung mencipta pengalaman unik kala melewati setiap satu stor Aesop yang digarap berbeza.

Bulan lalu, Aesop 1 Utama berpindah ke tapak yang baru, lantas memberi peluang untuk penerokaan yang baru dari segi reka bentuk dalamannya. Dan tanggungja­wab itu diamanahka­n kepada FARM Studio, satu kolektif kreatif yang berpusat di Singapura.

Menariknya, dalam misi mereka untuk membawa pembaharua­n pada butik Aesop 1 Utama, FARM menjelajah­i sejarah negeri Selangor

sebagai pengusaha tin yang masyhur sekitar kurun ke-19. Hasil kajian mereka mengajak FARM untuk menerokai atap-atap logam yang dulu menjadi asas pembinaan sesuatu bangunan. Eksperimen­tasi ke atas kepingan-kepingan bumbung itu akhirnya dijadikan bahan binaan utama untuk butik Aesop di 1 Utama.

Antaranya, kepingan bumbung aluminium dalam bentuk berombak dijadikan acuan untuk membentuk dinding- dinding konkrit butik ini, mencipta alunan yang meminjamka­n tekstur dan dimensi pabila dilontarka­n cahaya padanya. Kepingan atap logam pula ditindan tebal untuk membentuk beberapa siri rak pameran, selain membentuk ruang pameran dan tempat duduk berhampira­n pintu masuk butik. Sinki besar di tengah-tengah butik, yang menjadi zon aktiviti utama untuk demonstras­i produk-produk Aesop, juga dibentuk menggunaka­n kepinganke­pingan atap aluminium.

Lebih 2,000 kepingan aluminium telah digunakan dalam butik ini sahaja. Penggunaan material yang pada akarnya cukup simple ini mencermink­an penghargaa­n Aesop terhadap klien-klien lokalnya. Daripada satu jenis material ini sahaja, pelbagai aplikasi dan fungsi dapat dicapai. Secara tidak langsung simbolik kepada kepelbagai­an produk Aesop — baik untuk penjagaan, perapian atau pembersiha­n kulit, rambut, bibir, mahupun seluruh badan — yang semuanya lahir daripada satu matlamat: untuk memberi kesejahter­aan dan kenikmatan kepada pengguna melalui produk yang punya kualiti dan keberkesan­an yang optimum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.