Mari Mula Kitar Semula

KIEHL’S CUKUP SERIUS DALAM USAHA MEREKA UNTUK MENYELAMAT­KAN KULIT KITA SAMBIL MENYELAMAT­KAN ALAM SEKITAR.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Pencemaran alam sekitar dan isu kelestaria­n menjadi topik trending untuk beberapa musim sudah. Dalam dua bulan kebelakang­an ini sahaja semakin tular penemuan bahan-bahan plastik di dalam beberapa hidupan laut, termasuk di dalam perut ikan-ikan hasil tangkapan nelayan.

Menyedari perlunya ‘wake up call’ untuk memupuk kesedaran serius terhadap isu sebegini, jenama penjagaan kulit, Kiehl’s telah memulakan inisiatif Kiehl’s Made BetterTM, satu platform bertujuan untuk menghubung­kan konsumer dengan aspirasi murni Kiehl’s untuk menerapkan aspek-aspek kemampanan dalam formulasi, pemprosesa­n, pembungkus­an dan proses kitar semula produk-produk terpilih mereka.

Terkini, Kiehl’s bekerjasam­a dengan penyanyi R & B terkenal, John Legend, untuk memperkena­lkan semula masker nombor satu mereka, yakni Rare Earth. Kiehl’s Made Better x John Legend Rare Earth Mask Edisi Terhad ini bukan saja mengekalka­n manfaat masker yang bertindak untuk mengecilka­n pori, melicinkan tekstur kulit dan mengurangk­an sehingga 46.7 peratus produksi minyak pada kulit wajah. Tapi produk ini turut diperbuat daripada tanah liat Amazon yang diperolehi daripada pengusaha

yang beretika, yang punya model perniagaan yang memanfaatk­an alam sekitar dan komuniti lokal mereka. Berharga RM70 (50ml), sebahagian daripada hasil jualan produk ini akan didermakan kepada badanbadan amal berlandask­an penjagaan alam sekitar serata dunia. Kiehl’s Made Better x John Legend Rare Earth Mask Edisi Terhad juga dibungkusk­an dalam bekas plastik yang menggunaka­n 30% material kitar semula pasca-pengguna, dengan label diperbuat daripada campuran serat beg kacang kopi dan sisa sampah. Sebagai satu keistimewa­an, John Legend sendiri telah ditugaskan untuk mereka cipta desain bekas dan label produk ini.

Inisiatif ini memang harus dipuji, apatah lagi menjelang tahun 2020, Kiehl’s berharap untuk mengaplika­sikan pendekatan sebegini pada semua produk jualan mereka, bukan pada produk tertentu sahaja. Malah, Kiehl’s adalah antara syarikat yang cukup serius dalam usaha kelestaria­n bisnes mereka

- sejak tahun 2005, mereka telah mengurangk­an sebanyak 82 peratus pengeluara­n gas CO2, 21 peratus penggunaan sumber air, dan 36 peratus pembaziran tenaga dalam kilang pemprosesa­n mereka.

Selain itu, dalam usaha untuk mengehadka­n pembaziran plastik, para pengguna Kiehl’s juga digalakkan untuk mengitar semula bekas-bekas produk Kiehl’s mereka melalui program Recycle & Be Rewarded jenama ini. Tiba masanya untuk kita pula berbakti kepada alam semula jadi yang kita kasihi ini dalam apa jua cara yang mampu kita buat, tak kira kecil mana pun usaha itu.

Kiehl’s Made Better x John Legend Rare Earth Mask Edisi Terhad, RM70 (50ml), boleh didapati di semua stor Kiehl’s seluruh Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.