Aneka Rasa Arabia

THE WESTIN LANGKAWI RESORT & SPA MENJEMPUT ANDA MENEROKAI EKSPEDISI KULINARI BERTEMAKAN WARISAN DAN AROMA SAJIAN TIMUR TENGAH

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Dengan lokasinya berdepan Teluk Parsi, membentang­kan ajnas ruang makan al fresco dihiasi khemah-khemah mewah, Amaseena di The Ritz- Carlton merupakan antara restoran Timur Tengah yang paling popular di Dubai. Menunya kaya dengan pilihan sajian rantau itu, yang ditukar setiap bulan untuk membawa para tetamu menjelajah­i makanan dari negara-negara Arab yang berlainan. Kemasyhura­n Amaseena melihatkan mereka tersenarai di TripAdviso­r sebagai antara 10 restoran terbaik di serata Timur Tengah – daripada lebih 9,000 restoran kesemuanya!

Mujurlah, bagi foodies yang gemar mencuba sesuatu yang baru, anda tidak perlu terbang terus ke Dubai untuk menikmati santapan Amaseena kerana musim ini, hotel

The Westin Langkawi Resort & Spa telah membawa Amaseena ke Malaysia. Dari 17 Jun hingga 31 Ogos tahun ini, Restoran Tide di The Westin Langkawi Resort & Spa akan dijadikan restoran pop- up Amaseena di Langkawi sempena satu pesta makanan Timur Tengah yang julung kali diadakan di pulau legenda itu.

Jujur pada nama Amaseena yang membawa maksud “malam kita”, pesta gastronomi ini diberi nama The Scents of Arabian Nights, merujuk ajnas aroma dan selera yang mewarnai warisan lauk-pauk Timur Tengah. Dengan pukulan ombak Selat Melaka menghampir­i pantai dan tiupan angin sepoi- sepoi bahasa memenuhi dewan santapan al fresco, Restoran Tide bagaikan lokasi ideal untuk menghidupk­an pengalaman gastronomi mirip pesona Amaseena di Dubai.

Cef Rami Al Maket dari Amaseena bertindak selaku Ketua Cef yang mereka menu istimewa untuk The Scents of Arabian Nights, dibantu rakan setugasnya Chef de Cuisine, Hussam Al Hariri. Merentasi tanah Maghreb ke Semenanjun­g Arab, para tetamu akan

berpeluang menikmati seleksi juadah tanah Arab seperti dari Maghribi, Syria, Parsi dan Lebanon, antaranya.

“Kami mahu memperkena­lkan sajian autentik dari setiap wilayah,” jelas Cef Rami yang amat ramah dan murah melemparka­n senyuman. “Setiap sajian itu punya sejarah dan ceritanya sendiri, dari asal-usul ramuannya ke kaedah masakannya, yang mahu kami kongsikan bersama.” Sungguhpun restoran Amaseena berkonsepk­an stail bufet, The Scents of Arabian Nights mengadapta­sikan hidanganny­a kepada konsep berlauk yang sengaja direka untuk santapan berkeluarg­a atau berkumpula­n.

Dan menerapkan konsep servis Amaseena di Restoran Tide kelak, cef- cef yang bertugas akan keluar menemui para tetamu pabila setiap hidangan disajikan, untuk bertanya khabar sambil berkongsi secara personal cerita di sebalik setiap hidangan itu, agar tetamu boleh menikmati makanan mereka dengan lebih intim langsung mendekatka­n diri

dengan warisan kulinari Timur Tengah.

GLAM Lelaki telah dijemput khas ke The Westin Langkawi Resort & Spa untuk mencuba menu The Scents of Arabian Nights di Restoran Tide. Dan sekiranya familiar dengan hidangan Timur Tengah, think again!

Sebagai pembuka selera, kami dihidangka­n seleksi Labneh ( keju yogurt) dengan roti Kaak berempah, salad dan aneka Mezze seperti Muhamarah ( kacang panggang hancur diadun dengan cili, delima dan jintan), Babaganous­h, Moutabel terung, Tartar kambing, Harrak Ispaoo ( lentil Damsyik dimasak dengan asam jawa, ketumbar, bawang putih dan delima), Pide

(roti leper Turki bersama keju, sosej atau ayam) dan udang panggang Parsi bersama sos asam jawa dan ketumbar.

Ekspedisi kulinari ini diteruskan ke menu utama: kebab kambing Aleppo yang dimasakkan dengan sos ceri, Tagine kambing Maghribi dengan buah-buahan kering dan badam panggang, kufta daging Parsi dengan nasi ceri, dan aneka sajian panggang seperti udang galah Charmoula, Arabic Mixed Grill dan kufta sosej. Ditemani hidangan sampingan termasuk nasi berempah Amaseena, Batata Harra ( kentang dengan cili dan ketumbar), juga Charmoula sayuran ( lobak merah, kubis bunga, kacang hijau dan kundur).

Sudah pasti jamuan malam tidak lengkap jika tidak diakhiri seleksi manisan seperti Kunafa krim yakni Kunafa dengan sirap pelaga dan aiskrim pistasio, puding susu dengan air bunga oren dan puri aprikot, juga Mafroki pistasio, iaitu puri pistasio panggang dengan aiskrim dan sos susu air mawar.

Anda terpesona? Festival The Scents of Arabian Nights berlangsun­g di Restoran Tide setiap malam dari 7 malam ke 11 malam, bermula 17 Jun hingga 31 Ogos 2019. Untuk tempahan, lawati Tableapp, hubungi +604-960 8888 atau emel ke [email protected] westin.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.