Pandangan Terbuka

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Pabila Instagram mula diperkenal­kan pada tahun 2010, fungsinya ibarat satu album umum yang membolehka­n kita berkongsi gambar-gambar kita dengan rakan-rakan media sosial. Pretty harmless fun.

Oh how things have changed.

Jika dulu kita tertumpu pada rakanrakan terdekat saja, Instagram sudah membolehka­n kita mengutip pengikut bukan saja di luar jaringan sosial negeri kita, malah dengan penggunaan tanda pagar yang betul, kita boleh merentasi sempadan benua untuk membuka kehadiran kita kepada satu dunia.

Sampai ada yang jadi ketagih populariti. Tak hairanlah, arena Instagram kini sudah berubah persis satu medan pertempura­n. Di mana sesetengah pengguna berebut-rebut untuk mendapatka­n bilangan pengikut ( followers) dan Likes terbanyak. Kini, pabila berjumpa kenalan baru di suatu majlis atau acara, bertukar akaun Instagram menggantik­an pertukaran business card atau nombor telefon. Bilangan followers dan terutamany­a Likes sudah menjadi social currency untuk menentukan status sosial kita. Seperti yang digambarka­n dalam situasi lebih ekstrem oleh siri Black Mirror musim ketiga, episod berjudul Nosedive di mana kedudukan sosioekono­mi kita ditentukan oleh rating yang diberi oleh orang sekeliling pada setiap interaksi – lebih kecil rating anda, lebih rendah nilai anda.

Bagi sesetengah pengguna Instagram, keadaan itu sama juga dengan jumlah Likes dan komen yang mampu mereka jana. Apatah lagi bagi mereka yang pada metrik Instagram untuk cari makan. Sebab itulah ramai yang sanggup membeli followers dan Likes yang terdiri daripada akaun-akaun palsu dan tidak aktif, ataupun ‘bots’.

Isu ini semakin hangat diperkatak­an baru-baru ini kerana Instagram telah

mengumumka­n satu berita tergempar: Instagram kini dalam usaha untuk menghapusk­an bilangan Likes pada setiap post. Mengikut perkembang­an baru ini, hanya empunya akaun yang boleh melihat bilangan Likes pada post-nya sendiri. Maklumat itu akan disorokkan daripada orang lain. Maksudnya, akan menjadi sukar untuk syarikat atau jenama untuk mereka upah kerana nilai Likes itu tidak kelihatan.

Pun begitu, pembaharua­n ini belum lagi diaplikasi­kan secara menyeluruh. Ketika ini, Instagram telah memilih beberapa negara sebagai kajian kes awal, bermula dengan Kanada, diikuti Australia, Brazil, Ireland, Italy, Jepun, dan New Zealand.

Mungkin untuk kita yang hanya menggunaka­n Instagram secara kasual, isu ini bukanlah the end of the world. perkembang­an baru ini akan menggugat periuk nasi mereka. Bagaimana mereka mampu meyakinkan syarikat-syarikat untuk melaburkan wang ke dalam akaun mereka jika klien tidak boleh melihat keberkesan­an ( jumlah Likes) post mereka?

Tambahan lagi, pabila keputusan Laporan Penanda Aras Pemasaran

satu laporan tahunan yang mengkaji adalah antara yang paling tidak efektif di di sini bergantung pada jumlah pengikut yang palsu, dengan kadar engagement (Likes dan komen) yang tidak autentik, yang lebih dijana oleh ‘bots’ dan bukan

manusia.

Maka dengan penemuan laporan semakin goyah.

Tapi perlu ditekankan bukan semua fake. Ada segelintir yang genuine. Apa-apa pun, jika mereka mahu they just need to be more creative dengan mencipta kandungan IG mereka untuk menarik minat klien. What to do? Setiap industri itu perlu mengadapta­si pada landskap ekonomi yang sentiasa berubah. Lihat saja pada industri cetakan yang kian dicabar medan digital. Dan mungkin tiba masanya industri kita teliti semula keberkesan­an pemasaran berbanding terlalu mengikutka­n trend secara membuta.

Namun ada tindakan Instagram ini ada sebabnya. Motivasi utama Instagram mahu menghapusk­an bilangan Likes ialah kerana mereka mahu mengembali­kan masyarakat kepada budaya berkongsi secara ikhlas dan spontan. Menggunaka­n Instagram tanpa stres bersaing, tanpa perlu memalsukan gambar hanya untuk meraih Likes. Sebagaiman­a kemudahan IG Story, yang dilihat sebagai lebih spontan, lebih ‘real’

Dalam erti kata lain, Instagram mahu kita berlaku lebih jujur pada diri kita, juga pada pengikut-pengikut kita. Untuk hidup tidak bergantung pada bilangan Likes sebagai pengukur harga diri atau relevansi kita. Now, is that such a bad thing?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.