GLAM Lelaki : 2019-08-01

HOROLOGI BREITLING : 44 : 42

HOROLOGI BREITLING

HOROLOGI BREITLING glamlelaki.my 42 KEDUANYA TAMPIL SEBAGAI PELENGKAP AGEN PERISIK LEGENDA BRITISH. KOLABORASI HEBAT ANTARA BREITLING DAN NORTON MELAHIRKAN JAM TANGAN EKSKLUSIF SIRI PREMIER EDISI NORTON. J am tangan Breitling Premier Norton Edition menterjema­hkan banyak kesamaan nilai seperti berkongsi garis masa yang sama. Sekali gus, punya legasi yang hebat. Barisan jam tangan sepenuhnya buatan Swiss ini mengungkap­kan gaya serta prestasi berbalas keeksklusi­fan jenama motosikal kejurutera­an British. Berlindung di bawah himpunan Premier Breitling, yakni satu lembaran eksklusif ini menyerlahk­an interpreta­si Premier yang serba chic lalu memerankan pernyataan yang bold. Selari dengan ungkapan Willy Breitling, “When a man puts on his Breitling, there is the unmistakab­le stamp of impeccable taste.” Sehubungan itu, jenama motosikal Norton juga berkongsi pesona keperibadi­an yang sama. Breitling dan Norton Motorcycle­s berkongsi legasi yang teguh. Kedua- duanya diasaskan semenjak abad ke-19 hasil kepimpinan berwawasan. Langsung, mencetus identiti Norton menubuhkan syarikatny­a yakni pembuat kelengkapa­n serta alat ganti untuk perdaganga­n dua roda sekitar tahun 1898, lalu tampil memperkena­lkan motosikal pertamanya tahun 1902. Sementelah itu, Léon Breitling pula sudah dari satu dekad. Kedua- dua jenama ini juga telah dipamerkan

© PressReader. All rights reserved.