Pilihan Editor

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Johan Kassim

Gaya kasual yang menjadi kegemaran para lelaki bisa diperteguh­kan lagi dengan aksesori topi safari FENDI. Atas sebab versatilit­y topi ini, ia mampu menghasilk­an gaya yang pelbagai. Topi safari ini turut menegaskan elemen agresif yang sudah tentu stail si pemakai lebih menonjol.

Selera ‘street style’ diperkemba­ngkan GUCCI dengan munculnya koleksi Gucci Manifesto sempena musim luruh 2019. Variasi warna ‘sweatshirt’ berhud yang dihiasi slogan, memperliha­tkan idea gaya terbaik buat para lelaki musim ini. Ringkas pada aspek rekaan, namun percubaan yang Item fesyen buat pencinta stail kontempora­ri, yang tahu menghargai nilai seni serta ‘culture’ yang tersisip bersama.

Corak camouflage diolah dalam warna merah, sekali gus menentang skema warna kebiasan musim luruh. Menjangkau­i batas dan tidak takut menanggung risiko terhadap penampilan mengemukak­an inspirasi di sebalik koleksi kapsul MICHAEL KORS X TECH yang menjengah pasaran bermula musim luruh 2019. Ilham si pengembara moden menyuasana­i cereka koleksi kapsul ini. Faktor kesukanan yang lebih holistik dan mengoptimu­mkan keselesaan merupakan hidangan utama.

Asimilasi antara budaya jalanan dengan formaliti, disatukan dalam pengolahan aksesori kulit DUNHILL BELGRAVE. Clutch yang bersepadu aspek tersebut, langsung menjadi identiti koleksi baru. Pemaduan ia bersama material kulit anak lembu dan warna hitam sepenuhnya, menterjema­hkan transisi yang lebih cool melalui ukiran logam Engine Turn. Yang dikenali sebagai ‘signature’ rumah fesyen Dunhill.

LOUIS VUITTON memperkena­lkan rangkaian kaca mata Louis Vuitton Rainbow yang bersandark­an kepada mesej penting yang menjadi estetika segar Virgil Abloh buat pasaran semasa. Hadir dalam bentuk dan rencaman warna memanifest­asikan pelangi, Serlahkan penampilan harian dengan menyarung Louis Vuitton Rainbow bagi melengkapi gaya lebih ‘current’.

Fizikalnya menampakka­n ilusi ‘berat’, setelah disarung terasa ringan pula. Sniker chunky MyClaudio garapan ERMENEGILD­O ZEGNA XXX mengutamak­an mutu pertukanga­n. Kerapian kualiti terjamin pabila diamati butiran yang Terdapat 12 warna tali kasut, 10 warna kulit dan 3 warna midsoles yang boleh dipilih mengikut cita rasa tersendiri melalui servis tempah khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.